Lukman Abdul MutalibWan Abdul Fattah Wan IsmailAhmad Syukran BaharuddinNaji Arafat Haji MahatMohd Radzniwan A RashidMuhamad Darwisy Mohd Razali2024-05-282024-05-2820222022-12-21Abdul Mutalib, L., Wan Ismail, W. A. F., Baharuddin, A. S., A Rashid, R., Haji Mahat, N. A., & Mohd Razali, M. D. (2022). Penetapan harta asas pembayaran diat dalam konteks Malaysia: Determining the basis of diyya payment property in the Malaysian context. Al-Irsyad: Journal of Islamic and Contemporary Issues, 7(2), 962-971. https://doi.org/10.53840/alirsyad.v7i2.3352550-199210.53840/alirsyad.v7i2.335https://al-irsyad.kuis.edu.my/index.php/alirsyad/article/view/335https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/5970Indexed by MyCiteIslam menyediakan satu mekanisme perundangan yang unik bersifat serampang dua mata iaitu diat. Diatbukan sahaja dilihat sebagai hukuman kepada pesalah yang bersifat dendaan malahan ia juga dilihat sebagai pampasan kepada mangsa. Jumlah bayaran yang bersifat dendaan perlu dibayar oleh pesalah mengikut amaun tertentu. Selain itu, wang pampasan yang dibayar itu adalah milik mangsa kemalangan bukan dendaan yang diberikan oleh kerajaan semata. Namun demikian, dalam konteks pelaksanaan diat, persoalan yang timbul adalah siapakah yang akan menanggung bebanan diat dan apakah harta yang boleh digunakan sebagai medium pembayaran diat. Lantaran itu, artikel ini menghuraikan konsep kehartaan diat dalam situasi pelaksanaannya di Malaysia dan jenis-jenis harta yang boleh digunakan untuk pembayaran diat. Artikel ini juga memberi fokus kepada kadar diat dan bagaimanakah cara untuk menetapkan kadar tersebut di Malaysia. Metodologi yang digunakan adalah kaedah kajian kepustakaan berdasarkan sumber primer iaitu hadis dan sumber sekunder dari pengumpulan dokumentasi iaitu kitab, artikel, kertas kerja, sumber internet, akhbar dan lain-lain. Artikel ini merumuskan konsep kehartaan diat sebagai harta utama yang berlegar dalam sesebuah negara. Dalam konteks Malaysia ia adalah mata wang negara iaitu Ringgit Malaysia (RM). Pekadaran diat dari pertukaran transaksi Dirham kepada RM adalah terpakai di MalaysiaotherDiat; Hukuman;Pampasan; Harta; Malaysia.Penetapan Harta Asas Pembayaran Diat dalam Konteks MalaysiaDetermining the Basis of Diyya Payment Property in the Malaysian Contexttext::journal::journal article96297172