Siti Samihah Mohd YusoffNoornajihan Ja’afarMuhammad Hafiz SalehIsmail AbdullahAhmad Sanusi Azmi2024-05-302024-05-302021-10-062811-3411https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/16913PAPER PROCEEDINGS THE 7TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON QURAN AS FOUNDATION OF CIVILIZATION (SWAT) 2021 “ISLAMIC AND NON-REVEALED KNOWLEDGE IN FACING THE GLOBAL CHALLENGES” 6th – 7th October 2021 / 29 – 30 Safar 1443H Faculty of Quranic and Sunnah Studies Universiti Sains Islam MalaysiaMalaysia telah mengesahkan kes COVID-19 yang pertama di negara ini pada 25 Januari 2020. Tahun 2021 merupakan tahun kedua rakyat Malaysia berhadapan dengan pandemik COVID-19. Kerajaan telah melaksanakan pelbagai tindakan pencegahan untuk mematahkan rantaian COVID-19. Tindakan pencegahan ini menyebabkan kebanyakan rakyat Malaysia terpaksa berada di rumah dan menjaga Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan. Tidak terkecuali juga ianya memberi kesan terhadap aktiviti beribadah bagi masyarakat Islam. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk mengupas cabaran yang dihadapi oleh masyarakat Islam dalam melaksanakan amalan ibadah ketika pandemik dan penyelesaian kepada perkara tersebut. Di samping itu, kajian ini juga mengemukakan ayat-ayat Al-Quran berhubung dengan perintah untuk beribadah kepada Allah s.w.t dan amalan-amalan ibadah yang dianjurkan bagi setiap Muslim. Metodologi yang akan digunakan di dalam kajian ini ialah kajian kepustakaan iaitu dengan menganalisis laporan, SOP serta artikel yang berkenaan. Hasil dapatan kajian ini termasuklah cabaran dan penyelesaian pelaksanaan amalan ibadah yang terkesan antaranya aktiviti di masjid dan surau seperti solat berjemaah, ceramah dan tazkirah, aktiviti di bulan Ramadan dan di hari perayaan, ibadah haji dan umrah, serta zakat dan sedekah. Hasil kajian ini dijangkakan akan menyediakan panduan dan maklumat kepada masyarakat Islam dalam melaksanakan amalan ibadah wajib dan sunat ketika menghadapi pandemik.otherCabaran; Masyarakat Islam; Amalan Ibadah; Pandemik COVID-19Cabaran Masyarakat Islam Dalam Melaksanakan Amalan Ibadah Ketika Pandemik Covid-19Article