Amran Abdul HalimTengku Fathul Aziz Tengku Abd MutalibWalid Mohd SaidNidzamuddin ZakariaAmiruddin Mohd SobaliAbdulloh SalaehMohd Fauzi Mohd AminAhmad Kamel MohamedSyed Najihuddin Syed HassanMahsor Yahya2024-05-302024-05-302021-10-062811-3411https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/16935PAPER PROCEEDINGS THE 7TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON QURAN AS FOUNDATION OF CIVILIZATION (SWAT) 2021 “ISLAMIC AND NON-REVEALED KNOWLEDGE IN FACING THE GLOBAL CHALLENGES” 6th – 7th October 2021 / 29 – 30 Safar 1443H Faculty of Quranic and Sunnah Studies Universiti Sains Islam MalaysiaPengajian al-Quran dan tafsir di Malaysia sudah bermula sejak lama dahulu, sama ada secara formal atau tidak formal. Pengajian ini bermula di rumah-rumah tok guru, surau, madrasah, masjid dan sebagainya. Pengajian ini juga lebih tersusun dan secara rasmi apabila sistem pengajian pondok diadakan di Malaysia dan dipelajari pula di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi. Justeru, satu usaha yang jitu perlu dilakukan bagi memelihara khazanah-khazanah ilmu ulama-ulama terdahulu dan diteliti kandungannya melalui kajian-kajian komprehensif terhadap hasil-hasil penulisan tersebut dan mengetengahkan keistimewaan isi kandungannya serta diperbaiki mutu bahasanya agar ia terus dimanfaatkan generasi kini dan akan datang bukan sekadar dijadikan koleksi simpanan sahaja. Melalui penulisan artikel ini, penulis cuba meneliti salah satu kitab tafsir di Malaysia iaitu Tafsir Pedoman Muttaqin yang ditulis oleh Dr Abdul Hayei Abdul Sukor dengan cara memerhatikan kaedah-kaedah penulisan beliau dalam kitab tafsirnya. Penulisan artikel kali ini berobjektifkan kepada sejarah penulisan tafsir atau latar belakang penulisan tafsir di Malaysia dengan lebih terperinci dan kaedah yang digunakan di dalam penulisan tafsir Melayu klasik yang biasa dibacakan di masjid dan surau tempat penulis tinggal. Diharapkan hasil dari penulisan ini dapat menonjolkan satu model atau contoh tafsir yang sesuai dengan kondisi masa kini khususnya masyarakat di Malaysia.otherRumi, Ma’thur, Ma’qul, Bi al-Ra’y, Munasabah AyatKaedah Penulisan Tafsir Di Malaysia: Kajian Terhadap Tafsir Pedoman MuttaqinArticle815823