Nur Alia Nasuha ZulkifliNur Aqilah Mohd AzaniFatin Norzukrina ZakariaShah Rizul Izyan Zulkiply2024-05-302024-05-302024Syed Hassan, S. N., Hamisan@Khair, N. S., Zulkiply, S. R. I., & Mohamad Zainuzi, I. H. (Eds.). (2024). In E-Prosiding Seminar Kearifan Nusantara Kali Ke-5 (2024) (pp. 1–1203). Penerbit USIM.e-ISBN: 978-629-7636-32-0https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17686E-Prosiding Seminar Kearifan Nusantara Kali Ke-5 (2024): “Memartabatkan Masyarakat Madani Nusantara Berlandaskan Kearifan Al-Quran Dan Sunnah” / Penyunting: Syed Najihuddin Syed Hassan, Nur Saadah Hamisan@Khair, Shah Rizul Izyan Zulkiply, Nurul Izzatul Huda Mohamad Zainuzi 20-23 Januari 2024 / 8-11 Rejab 1445H Penganjur: Fakulti Pengajian Quran and Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) & Muzium Manuskrip al-Quran Narathiwat ThailandMurtad merupakan suatu isu yang sering terjadi di Malaysia. Isu murtad dilihat sangat sensitif dan terpencil tetapi ia membawa impak besar dalam masyarakat beragama Islam. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Dato’ Seri Harunsani Hj. Zakaria, hampir 250,000 umat islam yang murtad di Malaysia dan 100,000 daripadanya telah mengisytiharkan diri mereka menganut agama Kristian. Antara faktor berlakunya murtad adalah disebabkan kemiskinan, perkahwinan, perpecahan institusi kekeluargaan, kurang penghayatan agama dan sebagainya. Oleh hal yang demikian, kajian ini bertujuan untuk meneroka faktor umat islam murtad di Malaysia dan menganalisis hadith-hadith hukum mengenai murtad dalam kitab sunnah sittah. Kajian ini menggunakan metodologi qualitatif dengan dokumenanalisis. Hasil kajian menunjukkan punca masyarakat Islam murtad kerana kurang fahaman agama, masalah kewangan, latar belakang keluarga dan lain-lain lagi. Malah terdapat 17 hadith dalam sunnan sittah yang menghuraikan mengenai hukum murtad. Oleh itu, setiap individu, para akademik, pihak berwajib seharusnya memainkan peranan yang penting dalam memberikan didikan ilmu agama serta mengambil langkah yang serius dalam menangani isu murtad di kalangan masyarakat Islam. Kajian ini bermanfaat bagi golongan agamawan, kementerian dan masyarakat untuk mengambil langkah yang sepatutnya seperti memperkukuhkan keimanan kepada Allah SWT bagi menangani kes murtad dalam kalangan masyarakat..otherMurtad, Hadis, Quran, Sunan Sittah.Murtad di Malaysia: Kajian Analisis dalam Sunnan SittahArticle683698