Dini Farhana BaharudinMelati SumariSuhailiza Md HamdaniNur Amalina Mat Laziz2024-05-302024-05-302023Ramlan, N., Doll Kawaid, I. S., Abd Kadir, K., & Zainol, N. N. (Eds.). (2023). International Conference On Quran As Foundation Of Civilization (SWAT2023) . Penerbit USIM.eISSN: 2811-3411https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17029PAPER PROCEEDINGS: THE 9TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON QURAN AS FOUNDATION OF CIVILIZATION SWAT 2023: “AL QURAN AS A SOURCE OF REVELATION IN BUILDING A CIVILIZED SOCIETY”/ Edited by : Dr. Nadiah Ramlan, Dr. Irwan Santeri Doll Kawaid, Dr. Kauthar Abd Kadir, Nurfatin Nazilah Zainol 4th – 5th October 2023 / 19-20 Rabiul Awal 1445H I Faculty of Quranic and Sunnah StudiesKesihatan reproduktif dan seksualiti adalah penting dalam kehidupan seseorang individu. Pendidikan tentang kesihatan reproduktif dan seksualiti yang berkesan dapat membantu mengurangkan gejala sosial seperti zina, hamil luar nikah, pembuangan bayi, dan seks songsang (LGBT) dalam kalangan orang Islam. Kurang kefahaman dan stigma dalam kalangan masyarakat membawa kepada kesukaran berbincang tentang isu kesihatan reproduktif dan seksualiti ini. Sebaliknya, Al-Quran telah memaparkan ayat-ayat berkaitan aspek reproduktif dan seksualiti ini dan menunjukkan pengiktirafan terhadap fitrah kejadian manusia yang berkeperluan kepada pasangan. Kertas ini bertujuan untuk mengenalpasti tema-tema aspek reproduktif dan seksualiti dalam Al-Quran, di samping menganalisis ayat-ayat tersebut secara ringkas. Kaedah analisis dokumen digunakan iaitu daripada Al-Quran sendiri, tafsir dan sumber-sumber kajian kepustakaan. Hasil kajian mendapati terdapat kepelbagaian sub-tema tentang aspek reproduktif dan seksualiti yang dinyatakan dalam Al-Quran. Tema terhasil adalah selari dengan perkembangan manusia dalam kitaran kehidupannya. Tema-tema ini dapat menjadi panduan untuk pendidikan kesihatan reproduktif dan seksualiti individu Muslim.otherAl-Quran, kesihatan reproduktif, seksualiti, pendidikan, MuslimAnalisis aspek kesihatan reproduktif dan seksualiti dalam al-QuranArticle692702