Siti Nor Baya Mat YacobSiti Nor Azhani Mohd ToharKhadijah Muda2024-05-302024-05-302022Mat Yacob, S. N. B., Mohd Tohar, S. N. A., & Muda, K. (2022). Pendekatan Ilmu Saintifik dalam Trend Gastronomi Semasa: A Scientific Approach in the Gastronomic Current Trend. Sains Insani, 7(1), 99-104. https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol7no1.1630127-787110.33102/sainsinsani.vol7no1.163https://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/163https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/15193Vol. 7 No. 1 (2022): Jurnal Sains InsaniGastronomi secara mudahnya difahami sebagai suatu bidang yang membicarakan tentang makanan dan pemakanan dalam kehidupan manusia. Tafsiran umum para pengkaji merumuskan gastronomi sebagai “food Knowledge”. Oleh kerana tanggapan umumnya adalah pengetahuan tentang makanan, maka gastronomi sering dikaitkan dengan bidang kulinari atau masakan. Perspektif sejarah merumuskan gastronomi sebagai suatu fenomena sosial yang mendapat perhatian para pemikir, pengamal kulinari dan juga masyarakat umum bermula pada awal abad ke 19. Perspektif akademik mengembangkan pemahaman gastronomi sebagai cabang ilmu yang boleh diteroka melalui penyiasatan secara saintifik. Banyak lagi pandangan dan justifikasi yang berbeza tentang bidang ini. Jean Anthelme Brillat-Savarin (1755-1826) memulakan usaha formal terhadap bidang gastronomi yang kemudian telah membuka jalan untuk kajian seterusnya. Pendekatan pelbagai disiplin ilmu dalam kajian gastronomi yang diperkenalkan oleh beliau telah menyebabkan bidang tersebut semakin mendapat perhatian. Kepentingan bidang tersebut mula dilihat dalam bentuk yang lebih dinamik serta tidak terhad kepada kajian kulinari semata-mata. Kajian kontemporari bidang ini lebih cenderung meneroka ilmu gastronomi dalam perspektif saintifik. Penulisan ringkas ini cuba membawa sorotan perkembangan bidang kajian gastronomi berdasarkan perbincangan dan wacana akademik yang lepas serta berdasarkan perkembangan semasa.enPendekatan Saintifik, gastronomi, molecular., Scientific, gastronomic, molecular approach, culinary;Pendekatan Ilmu Saintifik dalam Trend Gastronomi SemasaA Scientific Approach in the Gastronomic Current TrendArticle9910471