Nurhasma Muhamad SaadYuslina Binti MohamedWan Moharani MohammadMuhammad Marwan Bin IsmailZulkipli Bin Md. Isa2024-05-272024-05-2720212021-12-23Nurhasma Muhamad Saad, Yuslina Mohamed, Wan Moharani Mohammad, Muhammad Marwan Ismail & Zulkipli Md Isa. 2021. Model teknik penceritaan prosa hadis naratif Sahih al-Bukhari. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences 4(4): 142-164.2600-90801020-11https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/3247Ketinggian dan keindahan estetika hadis Nabi SAW dan penyampaiannya yang bervariasi samada dalam genre kata-kata hikmah, hukum hakam, nasihat, mau’izah, peringatan dan pesanan yang dibentuk dari pelbagai nilai retorik yang indah, halus, lunak dan cantik. Susunan bahasa yang halus dan berdaya penghayatan ekstrem yang digunakan oleh Nabi dalam mengetengahkan budaya penyampaian berbentuk penceritaan yang variasi seperti: imbasan, pemerian, dialog, al-amthal, perumpamaan dan perbandingan serta monolog. Penceritaan ini terhasil dari gaya penyampaian yang terbina dari teknik-teknik yang digunakan secara lunak, halus dan indah agar inti pati penyampaian dapat mencapai maksud yang tersurat dan tersirat kepada pendengar. Dengan demikian, kajian ini mengenal pasti kaedah dan reka bentuk penyampaian yang digunakan oleh Nabi SAW dalam hadis naratif Sahih al-Bukhari untuk membangunkan satu model penulisan prosa sastera yang inklusif. Kajian ini adalah kajian kualitatif yang menggunakan kaedah deskriptif berdasarkan teori adaptasi Reasons, Examples, Names, Numbers, Senses (RENNS) yang diterjemahkan sebagai (Faktor- Contoh- Watak- Bilangan dan Deria) untuk membentuk lengkuk naratif yang didasari permulaan- kemuncak- mendatar. Hasil analisis bentuk penyampaian kandungan hadis naratif akan dibentuk menjadi satu model teknik penceritaan yang inklusif yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Model ini diperkenalkan sebagai model fundamental teknik penceritaan hadis naratif yang bertujuan memberi panduan penulisan kepada umum.Hadis naratif, Sahih al-Bukhari, design, model teknik penceritaanModel Teknik Penceritaan Prosa Hadis Naratif Sahih al-BukhariA Model of Prose Narratives Technique of Hadith Sahih al-BukhariArticle14216444