Azman Ab. RahmanAhmad Wifaq Makhtar2024-05-282024-05-2820111985-2010https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/6878Jurnal Pengurusan JAWHAR Volume 5 Issue 1 Page (131-147)Secara realitinya apa yang dapat dilihat di dunia Islam pada hari ini umumnya dan di Malaysia khususnya, pihak institusi zakat telah mengagihkan zakat kepada semua asnaf yang layak menerimanya mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan termasuk juga asnaf fakir dan miskin serta fi sabilillah. Golongan pelajar juga tidak terlepas daripada menerima zakat yang dikategorikan sama ada dibawah asnaf fakir dan miskin atau fi sabilillah. Namun begitu kita sering mendengar dakwaan daripada pelajar bahawa mereka sukar mendapat bantuan zakat daripada institusi tersebut disebabkan beberapa faktor tertentu sama ada datangnya daripada pelajar sendiri atau pihak institusi zakat. Pada dasarnya pelajar layak menerima zakat, namun kedudukan mereka sebagai penerima zakat bukanlah satu keutamaan berbanding dengan asnaf-asnaf yang lain terutamanya asnaf fakir dan miskin. Kita juga sedia maklum, bahawa pelajar juga berhak menerima bantuan lain seperti pembiayaan pelajaran daripada pihak kerajaan ataupun swasta. Dalam situasi ini, mungkin pihak institusi zakat melihat keperluan memberi zakat kepada pelajar bukanlah perkara utama yang perlu dititikberatkan, tetapi ia bukan bermaksud pelajar tidak layak menerima zakat. Selain daripada itu, kita juga seringkali mendengar aduan dan komentar dari masyarakat awam terhadap pusat-pusat zakat negeri tentang permasalahan prosedur permohonan bantuan zakat yang agak sukar untuk dipohon. Para pelajar juga tidak terkecuali dalam menghadapi kesukaran ini untuk membuat permohonan bantuan zakat daripada pusat-pusat zakat yang berkaitan. Isu ini timbul mungkin disebabkan oleh syarat-syarat yang ditetapkan oleh institusi-institusi zakat sukar dipenuhi oleh pelajar atau terdapat syarat-syarat sampingan yang menyukarkan lagi permohonan tersebut. Kesukaran ini juga mungkin disebabkan oleh pelajar itu sendiri yang tidak mengetahui syarat-syarat yang perlu dipenuhi sebelum melayakkan diri untuk menerima bantuan zakat tersebut atau disebabkan faktor-faktor lain. Justeru, artikel ini bertujuan untuk melihat pandangan ulama dulu dan kini tentang kedudukan dan kelayakkan pelajar sebagai penerima zakat. Diharapkan artikel ini dapat memberi penjelasan kepada masyarakat tentang kelayakan pelajar dalam menerima zakat menurut pandangan ulama dahulu dan kini.otherZakat, Pelajar, Bantuan, Kedudukan, KelayakkanKelayakan Dan Kedudukan Pelajar Sebagai Penerima Zakat Menurut Perspektif IslamArticle13114751