Nurul Ain HazramMashitah Abdul MutalibNur Al-Farhain KamaruzamanNur Aina Abdulah2024-05-282024-05-282023Hazram, N. A., Abdul Mutalib, M. ., Kamaruzaman, N. A.-F. ., & Abdulah, N. A. (2023). Pemberian Ubat Pre-Exposure Prophylaxis (PrEP) Kepada Golongan LGBT: Analisis Dari Perspektif Syariah: Administration of Pre-Exposure Prophylaxis (PrEP) Drugs to LGBT Groups: An Analysis from the Shariah Perspective. Journal of Muwafaqat, 6(2), 103–119. https://doi.org/10.53840/muwafaqat.v6i2.1612600-893910.53840/muwafaqat.v6i2.161https://muwafaqat.kuis.edu.my/index.php/journal/article/view/161https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/7891VOL. 6 NO. 2Pre-Exposure Prophylaxis (PrEP) adalah sejenis ubat yang digunakan untuk mereka yang berisiko menerima jangkitan virus ‘Human Immunodeficiency Virus’ (HIV), yang dikenali sebagai penyakit ‘Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit’ (AIDS). Melalui ujian klinikal yang telah dijalankan, penggunaan PrEP telah terbukti dapat mengurangkan risiko jangkitan HIV/ AIDS. Pada penghujung tahun 2022, Menteri Kesihatan pada waktu itu telah mengumumkan akan menjalankan satu projek rintis penggunaan ubat PrEP di beberapa hospital kerajaan untuk menguji keberkesanannya sebelum ubat tersebut diperakukan oleh Kementerian Kesihatan untuk kegunaan awam. Kenyataan tersebut telah mencetuskan kontroversi di kalangan ulama, ahli akademik, ahli politik dan juga masyarakat kerana dirasakan akan memberi manfaat kepada golongan homoseksual, biseksual dan transgender (LGBT) dan akan menyebabkan berleluasanya maksiat dan membawa kepada mafsadah yang lebih besar. Tidak dapat dinafikan bahawa PrEP dapat mencegah penyakit berjangkit, namun begitu, sekiranya ubat ini diberikan kepada golongan LGBT, dikhuatiri akan menyebabkan golongan ini semakin berleluasa sekali gus mendatangkan mafsadah yang lebih besar. Oleh itu, artikel ini akan menganalisis isu pemberian ubat PrEP kepada golongan LGBT dari perspektif Shariah. Untuk mencapai objektif ini, kajian ini menggunakan pendekatan analisis deskriptif dan induktif. Kajian ini menyimpulkan bahawa hukum pemberian ubat PrEP kepada golongan LGBT perlu diperhalusi mengikut kategori. Bagi kategori pertama; mereka yang terlibat secara aktif di dalam industri seks sebagai pekerja seks, pemberian ubat PrEP adalah haram dan mempunyai larangan yang jelas di dalam syarak. Manakala, bagi kategori kedua; golongan LGBT yang tidak terlibat dalam industri seks, pemberian ubat PrEP hendaklah diteliti dan dilakukan kajian lanjutan dan mendalam oleh pihak yang berautoriti dengan mengambilkira mafsadah yang lebih ringan dan menolak mafsadah yang lebih berat. Kerajaan juga haruslah memainkan peranan yang lebih serius dalam menangani golongan LGBT di Malaysia.otherPre-Exposure Prophylaxis, HIV, AIDS, LGBT, Maslahah, MafsadahPemberian Ubat Pre-Exposure Prophylaxis (PrEP) Kepada Golongan LGBT: Analisis Dari Perspektif SyariahAdministration of Pre-Exposure Prophylaxis (PrEP) Drugs to LGBT Groups: An Analysis from the Shariah PerspectiveArticle10311962