Azlan Bin Shaiful BaharumNur Zabidi Md SharUmmu-hani Binti Abas2024-05-302024-05-3020212021-12-20127-78712460-1110.33102/sainsinsani.vol6no2.320https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/15184Kajian ini bertujuan untuk menentukan persepsi pelajar tentang bekerja sambil belajar ketika suasana pandemik Covid-19 ini. Ia juga mengkaji kesan positif dan negatif bekerja semasa belajar dan meneroka cabaran yang dihadapi oleh pelajar yang bekerja semasa belajar dan cara mereka mengatasi masalah. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menemubual pelajar tahun tiga, Fakulti Pengajian Bahasa Utama dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) secara dalam talian. Kajian ini melibatkan 3 responden. Pengkaji menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Data penyelidikan dikumpulkan melalui pemerhatian, analisis dokumen dan temubual melalui aplikasi Telegram. Hasil kajian ini menunjukkan terdapat kelebihan dan kekurangan kepada pelajar USIM yang bekerja semasa belajar. Antara kelebihannya adalah dapat menambah pendapatan dari segi kewangan. Mereka juga mendapat pengalaman baharu untuk kerjaya dalam dunia pekerjaan. Ini penting agar mereka tidak menganggur pada masa akan datang. Kelemahannya adalah boleh menyebabkan tekanan emosi seperti keletihan dan kurang tidur kerana kesukaran membahagikan masa antara waktu belajar secara dalam talian dan bekerja terutama berdepan dengan cabaran semasa ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan sekarang.kesan, bekerja sambil belajar, pencapaian, akademik, pandemik Covid-19Kesan Bekerja Sambilan Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar Ketika Pandemik Covid-19The Effects of Part-time Work on Students’ Academic Achievements in Covid-19 PandemicArticle22723462