Marina Munira Abdul MutalibYuseri AhmadDini Farhana BaharuddinSuhailiza Md. Hamdani2024-05-302024-05-302020-11-04eISBN 978-9674408428https://drive.google.com/file/d/1UeDLxHuzOc8eJ8ZVEJUgI-63YO-gukhM/viewhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17979E-Proceedings Of The International Conference On Aqidah, Religions And Social Sciences (SIGMA10) “ Towards Peaceful Co-Existence And Excellence Of Ummah : An Implication Of Rahmatan Lil’Alamin” Organized by: Akidah and Religion Studies Programme, Faculty of Leadership and Management 4th November 2020. Editors: Mohd Radhi Ibrahim, Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali, Rosidayu Sabran, Nik Suhaida Nik Abdul Majid, Najib Sheikh Abdisamad, Mohd Hamidi Ismail, Yuseri AhmadPada awal tahun ini, dunia telah dilanda dengan satu wabak yang bersifat pandemik yang mengorbankan ratusan ribu umat manusia akibat dijangkiti virus COVID-19. Dalam kegawatan penyelidik mencari vaksin untuk virus ini, ramai sarjana tampil memperihalkan tentang bagaimana seharusnya umat Islam berhadapan dengan virus ini. Segenap manusia di seluruh dunia terkesan dengan wabak ini dan ia bukan hanya virus yang mendiami fizikal badan manusia tetapi ia juga melumpuhkan banyak sistem kehidupan manusia termasuklah aspek sosial, ekonomi, kekeluargaan, kerohanian dan sebagainya. Kajian ini akan mengupas sudut pandang kerohanian (spiritual) terutamanya dalam menghadapi musibah atau khususnya wabak COVID-19 bagi individu Islam yang beriman dengan ketentuan Allah iaitu Qada’ dan Qadar-Nya. Metod kajian ini menggunapakai kaedah analisis kandungan karya Sheikh Sa’id Hawwa iaitu Tarbiyatuna al-Ruhiyyah sebagai sampel kajian. Hasil kajian ini mendapati bahawa tingkah laku manusia sangat bersifat dinamik dan saling berkait rapat dengan nilai agama atau kerohanian seseorang. Niat seseorang dalam tingkah laku boleh diramalkan daripada sikap terhadap tingkah laku, norma-norma yang bersifat subjektif dan kawalan tingkah laku seseorang. Ia sangat membantu individu dalam menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di rumah semasa menghadapi pandemik COVID-19. Said Hawwa juga menjelaskan tentang domain kerohanian iaitu berpusat di hati dan domain-domain yang lain yang menyumbang kepada kecerdasan kerohanian yang mampu menjadi pertahanan bagi mereka yang menghadapi musibah terutama musibah COVID-19.otherKecerdasan kerohanian, Sheikh Said Hawwa, Musibah, Covid-19Kecerdasan Kerohanian Menurut Imam Said Hawwa Sebagai Pemangkin Kekuatan Jiwa Manusia Mengharungi Musibah Covid-19Spiritual Intelligence According to Imam Said Hawwa as a Source of Strength in Facing Covid-19 CalamityArticle4551