Khairul Anuar Abdul RahmanMuhammad Syarif ArshadMohd Bekri RahimFaizal Amin Nur YunusSuhaizal HashimNizamuddin Razali2024-05-302024-05-302021eISBN: 9789674408855https://drive.google.com/file/d/1EP06vRgMNMfHQIA4CB2hAZrr4AIhvfnn/viewhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18155Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia (MEDC 2020): “Ke Arah Menginsankan Pendidikan di Malaysia / Penyunting Hishomudin Ahmad, Noor Saazai Mat Saad, Rahimah Saimin, Kirembwe Rashid Abdul Hamed, Noorhayati Hashim, Sarifah Nurhanum Syed Sahuri, Zarina Ashikin Zakaria, Nur Shahadah Mohd Surbani 11-12 November 2020 (Seminar Dalam Talian) Anjuran : Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM & Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam MalaysiaPengenalan- Pelajar-pelajar peringkat universiti khususnya pelajar tahun pertama yang baru menyambung pengajian di universiti cenderung untuk mempunyai masalah dalam menjalani kehidupan baharu mereka. Hal ini mempunyai perkaitan dengan tahap motivasi pelajar yang berkait dengan perubahan dalam gaya kehidupan seharian mereka. Objektif – Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan di antara motivasi dengan transformasi budaya kehidupan pelajar di peringkat universiti. Methodologi – Reka bentuk kajian yang digunakan adalah berbentuk tinjauan yang melibatkan analisis statistik deskriptif dan statistik inferensi. Seramai 194 orang pelajar tahun pertama yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional, FPTV, UTHM dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Satu set soal selidik telah diedar bagi mendapatkan data dalam kajian yang dijalankan ini. Data yang dikumpul daripada soal selidik telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Science School (SPSS) versi 24 secara deskriptif yang melibatkan pengiraan kekerapan, peratusan, dan min bagi mengenal pasti tahap faktor diri dan ibu bapa dan masyarakat yang mendorong motivasi serta faktor sosial dan masyarakat yang mendorong transformasi budaya kehidupan pelajar. Dapatan – Data deskriptif yang diperoleh menunjukkan nilai min bagi pembolehubah motivasi sebanyak 4.05 iaitu pada tahap tinggi dan pembolehubah transformasi budaya kehidupan sebanyak 3.74 yang juga pada tahap tinggi. Seterusnya, dapatan ini digunakan bagi menjalankan analisis statistik inferensi bagi tujuan mengenal pasti hubungan di antara motivasi dengan transformasi budaya kehidupan pelajar. Pengkaji telah menggunakan ujian Spearman’s Rank Correlation bagi tujuan ini. Berdasarkan ujian, nilai korelasi adalah sebanyak 0.55 bermakna kedua-dua pembolehubah mempunyai korelasi positif yang kuat. Kepentingan – Dapatan ini penting kepada ibu bapa dan keluarga, masyarakat dan komuniti serta pihak universiti dalam menyedari cabaran yang pelajar baharu hadapi sebagai pelajar di universitiotherMotivasi, Transformasi Budaya Kehidupan, KorelasiTinjauan Ke Atas Hubungan Di Antara Motivasi Dengan Transformasi Budaya Kehidupan Dalam Kalangan Pelajar Baharu Di Institut Pengajian Tinggi (IPT)Article195201