Roslizawati Mohd RamlyMashitah SulaimanMarina Munira Ab. MutalibKhatijah Othman2024-05-292024-05-2920182232-0431http://abqarijournal.usim.edu.my/index.php/abqari/article/view/18https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/14094Toleransi beragama merupakan satu daripada nilai-nilai murni yang perlu difahami dan dipraktikkan bagi menjamin keharmonian hubungan masyarakat berbilang agama seperti dalam konteks negara Malaysia Namun begitu, sejak akhir-akhir ini banyak isu yang menyentuh sensitiviti orang Islam seperti isu penggunaan kalimah Allah oleh golongan bukan Islam dan isu hak orang Islam untuk murtad dipertikaikan dengan alasan hak kebebasan beragama. Ini menunjukkan bahawa pengertian tentang maksud toleransi beragama dalam konteks Malaysia masih kabur. Justeru, kajian ini cuba menghuraikan persepsi pemimpin agama Kristian berhubung konsep toleransi dan pengamalannya dalam konteks Malaysia. Bagi tujuan tersebut beberapa orang pemimpin gereja telah ditemubual. Data temumubual dianalisis dengan menggunakan kaedah analisa kandungan iaitu dengan mengenal pasti idea utama. Kajian mendapati bahawa para pemimpin Kristian melihat istilah toleransi beragama sebagai negatif. Kajian juga mendapati para informan juga berpandangan bahawa amalan toleransi beragama di Malaysia telah mendiskriminasi golongan bukan Islam.otherPerspektifPemimpin Agama KristianToleransi BeragamaMalaysiaPersepsi Pemimpin Agama Kristian Terhadap Konsep Dan Amalan Toleransi Beragama Di MalaysiaArticle235245161