Nur Anis Nadhira AzharMohd Izhar Ariff Mohd KashimNik Salida Suhaila Nik Saleh2026-01-292026-01-292025Nur Anis Nadhira Azhar, Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim & Nik Salida Suhaila Nik Saleh . 2025. Hukum Memakan Hamster Menurut Pandangan Empat Mazhab. Journal of Contemporary Islamic Law. 10(2): 1-8.0127-788X10.26475/jcil.2025.10.2.01https://www.ukm.my/jcil/wp-content/uploads/2025/12/Artikel-1-Hukum-Memakan-Hamster-Menurut-Pandangan-Empat-Mazhab.pdfhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/28677Indexed by Tier 3Artikel ini membincangkan tentang hukum memakan hamster menurut perspektif Islam. Permasalahan timbul apabila tiada nas yang jelas berkenaan haiwan ini dalam sumber utama Islam, menyebabkan berlakunya kekeliruan dalam kalangan masyarakat Muslim. Adakah dibolehkan untuk memakan hamster sebagaimana dibolehkan untuk memeliharanya. Walaupun pada asasnya, hamster adalah haiwan yang boleh dipelihara dan halal disentuh, namun adakah ia sesuai dijadikan sebagai makanan dan boleh dimakan? Maka objektif kajian ini adalah untuk menganalisis hukum terhadapnya daripada sudut pandangan empat mazhab sunni dan ‘ulama’ kontemporari. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu dengan meneliti kitab-kitab fiqh, fatwa kontemporari serta laman sesawang yang boleh dipercayai. Dapatan kajian menunjukkan bahawa hukum memakan hamster menurut pandangan ‘ulama’ empat mazhab tidak dibahaskan hukum secara spesifik keatasnya, kerana habitat hamster bukan di tanah arab berbeza dengan spesies haiwan yang menyerupai hamster seperti dhob, yarbu’ dan wabar yang ada di tanah arab. ‘Ulama’ kontemporari mengeluarkan hukum dengan merujuk kepada dhawabit fiqh kehalalan dan keharaman sesuatu makanan. Hamster diqiyaskan kepada tikus kerana mempunyai ‘illah yang sama iaitu termasuk golongan haiwan yang kotor dan menjijikkan. Setiap sesuatu yang dianggap jijik dan kotor pada lumrah manusia. Maka makanan itu tidak boleh dimakan. Justeru dengan itu daging hamster tidak halal dimakan.msHamstersIslamic legal rulingfiqh guidelinesratHukum Memakan Hamster Menurut Pandangan Empat MazhabThe Ruling on Eating Hamsters According to the Perspectives of the Four Madhhabstext::journal::journal article18102