Khadijah Binti Abdul JamilAlia Najihah Binti Abd AzizSyed Najihuddin Syed Hassan2024-05-302024-05-302024Syed Hassan, S. N., Hamisan@Khair, N. S., Zulkiply, S. R. I., & Mohamad Zainuzi, I. H. (Eds.). (2024). In E-Prosiding Seminar Kearifan Nusantara Kali Ke-5 (2024) (pp. 1–1203). Penerbit USIM.e-ISBN: 978-629-7636-32-0https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17734E-Prosiding Seminar Kearifan Nusantara Kali Ke-5 (2024): “Memartabatkan Masyarakat Madani Nusantara Berlandaskan Kearifan Al-Quran Dan Sunnah” / Penyunting: Syed Najihuddin Syed Hassan, Nur Saadah Hamisan@Khair, Shah Rizul Izyan Zulkiply, Nurul Izzatul Huda Mohamad Zainuzi 20-23 Januari 2024 / 8-11 Rejab 1445H Penganjur: Fakulti Pengajian Quran and Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) & Muzium Manuskrip al-Quran Narathiwat ThailandFenomena penyebaran hadis palsu melalui media sosial telah menjadi isu yang semakin meruncing dalam masyarakat moden. Hadis palsu merujuk kepada pernyataan atau cerita cerita yang disebut sebagai hadis Nabi Muhammad SAW, tetapi sebenarnya tidak mempunyai asal usul dalam sumber sumber hadis yang sah seperti kitab kitab hadis utama seperti Sahih al Bukhari dan Sahih Muslim. Latar belakang kajian menjelaskan pengaruh media sosial dalam penyebaran hadis palsu dan ketidakbolehpercayaan terhadap sumber ajaran agama dalam Islam. Permasalahan kajian menjelaskan bagaimana dan mengapa hadis palsu tersebar melalui media sosial dan apakah akibatnya terhadap kepercayaan, pemahaman agama, dan integriti akidah dalam masyarakat Islam. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti punca utama penyebaran maklumat hadis palsu melalui media sosial, menil ai akibat negatifnya terhadap kepercayaan masyarakat kepada ajaran agama Islam, serta menyelidik cara penyebaran hadis palsu melalui media sosial dapat mempengaruhi akidah dan praktik keagamaan masyarakat Muslim. Metodologi kajian menggunakan pendekatan an alisis kualitatif dan kuantitatif dengan melibatkan platform media sosial seperti WhatsApp, TikTok, Facebook, Twitter, dan Instagram. Dapatan (jangkaan) kajian diharapkan dapat mengenalpasti corak penyebaran dan jenis konten hadis palsu serta memberikan pa ndangan pengguna media sosial tentang kesedaran terhadap hadis palsu dan persepsi mereka terhadap kesan dan akibatnya. Kesimpulan kajian akan membincangkan implikasi praktikal dan cadangan untuk mengatasi masalah penyebaran hadis palsu melalui media sosial . Kajian ini penting untuk memahami fenomena ini dengan lebih mendalam dan memberikan pandangan yang berguna dalam mengatasi isu isu yang berkaitan dengan media sosial dan agama Islam.otherHadis Palsu, Media Sosial, Integriti Akidah, Penyebaran MaklumatPenyebaran Hadis Palsu Melalui Media Sosial: Punca dan AkibatArticle104128