Rafidah Mohamad CusairiSalmah OmarSolahuddin Abdul HamidSyed Sultan Bee Packeer MohamedManvender Kaur A/P Sarjit Singh2024-11-112024-11-112024Ros Aiza Mohd Mokhtar, Farah Laili Muda @ Ismail, Latifah Abdul Latiff, & Nuruliza Roslan (2024). International Seminar on Philosophy, Civilisations, Ethics, and Islamic Turath (I-STET) 2024 . Penerbit USIM.e ISBN 978-629-7636-87-0https://istet.usim.edu.my/wp-content/uploads/2024/10/e-Proceedings-ISTET-2024_full_24102024.pdfhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/24679E-Proceedings of 7th International Seminar on Philosophy, Civilisations, Ethics, and Islamic Turath (I-STET) 2024 “Sustaining Islamic Heritage, Upholding Philosophy, Spearheading Civilisations and Immersing in Culture” / editor: Ros Aiza Mohd Mokhtar, Farah Laili Muda @ Ismail, Latifah Abdul Latiff, Nuruliza Roslan 15 – 16 Oktober 2024 ( Hibrid) Anjuran :Pusat Pengajian Teras & Institut Sains Islam (USIM) Dengan Kerjasama : Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Universiti Islam Selangor, Persatuan Sejarah Malaysia, dan Yayasan PEACEKualiti makanan terkait dengan elemen manusia; sumber dan personaliti penyedia mempunyai kesan ke atas nilai halal dan toyyib. Terdapat kajian yang menyatakan bahawa religiositi dan personaliti individu boleh diukur. Antara prinsip pengukuran yang dicadangkan ialah manifetasi iman, islam dan ihsan yang dimanifestasikan dalam bentuk amalan atau perbuatan. Kajian ini memfokuskan kepada dua objektif iaitu faktor yang membentuk personaliti religiositi pengendali premis makanan pada persepsi pelajar dan mengenal pasti sama ada faktor kawalan pemakanan pelajar dan persepsi mengenai personaliti religiositi pengendali makanan mempengaruhi persepsi pelajar terhadap tahap pembentukan tahap kerohanian mereka. Kajian tinjauan deskriptif ini menggunakan metod temubual dan soal selidik yang diedarkan di kalangan mahasiswa Universiti Utara Malaysia. Analisis kesahan konvergen menggunakan applikasi PLS-SEM menunjukkan bahawa pelajar melihat kepatuhan agama sebagai komponen penting yang menunjukkan personaliti religiositi pengendali premis makanan. Dapatan juga menunjukkan bahawa majoriti pelajar bersifat terbuka terhadap personaliti pengendali premis makanan berdasarkan nilai varian faktor ini yang besar (var=0.874) berbanding faktor kepatuhan agama (var=0.439). Ini menunjukkan bahawa majoriti pelajar tidak begitu kisah tentang perkara yang berkaitan tuntutan agama yang boleh dilihat daripada personaliti pengendali premis makanan. Analisis juga mendapati faktor kawalan pemakanan oleh pelajar sendiri (b=0.511, p<0.05) dan persepsi mengenai personaliti religiositi pengendali makanan (b=0.331, p<0.05) didapati mempengaruhi persepsi pelajar terhadap pembentukan tahap kerohanian diri mereka.mspersonalitireligiositipremis makananpersepsi pelajarsakhsiahPengaruh Kesedaran Personaliti Religiositi dan Kawalan Pemakanan ke Atas Pembentukan Tahap Kerohanian dan Kecemerlangan Mahasiswa Universititext::conference output::conference proceedings::conference paper