Muhamad Zuhaili Saiman2024-08-232024-08-232024Muhamad Zuhaili Saiman (2024). Kepentingan Perkhidmatan Pelancongan Mesra Muslim Di Malaysia: [The Importance of Muslim-Friendly Tourism Services in Malaysia]. Ulum Islamiyyah, 36(02), 187–197. https://doi.org/10.33102/uij.vol36no02.51210.33102/uij.vol36no02.512https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/22241Ulum Islamiyyah, Ulum Islamiyayah 36 Issue 02 Page (187–197)Jumlah pelancong muslim semakin meningkat pada masa kini ekoran bilangan populasi penduduk Islam semakin berkembang pesat di seluruh dunia. Ini menunjukkan peningkatan pelancong muslim untuk melawat negara lain termasuklah negara bukan Islam. Masalah berlaku apabila wujud kebimbangan oleh pelancong muslim untuk melawat negara bukan Islam yang tidak menyediakan perkhidmatan pelancongan mesra muslim. Objektif kajian ini menganalisis kepentingan perkhidmatan pelancongan mesra muslim di Malaysia. Kepentingan perkhidmatan pelancongan mesra muslim merangkumi penyediaan makanan dan minuman halal, kemudahan perkhidmatanyang betul, penginapan, hospitaliti dan kemudahan yang sejajar dengan pematuhan syariah sertamencapai maqasid al-shariah. Metodologi kajian ini yang digunapakai menerusi pendekatan reka bentuk penyelidikan kualitatif. Penyelidikan kualititif ini dipilih kerana bersesuaian dengan pengumpulan dan perolehan dapatan-dapatan kajian menerusi kajian kepustakaan menerusi analisis kandungan dan dokumen daripada artikel penerbitan, kertas kerja dan jurnal penyelidik lepas. Seterusnya, dapatan-dapatan yang diperolehi akan digabungkan bagi menganalisis semua data seterusnya memberikan perbincangan sebagai kesimpulan bagi isu kajian mengenai penyediaan perkhidmatan pelancongan mesra muslim secara global. Hasil kajian menunjukkan walaupun keperluan perkhidmatan pelancongan mesra muslim adalah untuk keselesaan pelancong muslim namun ia turut boleh dinikmati dan memberikan manfaat kepada pelancong non muslim.msPelanconganpematuhan syariahmesra muslimnon muslimKepentingan Perkhidmatan Pelancongan Mesra Muslim Di MalaysiaThe Importance of Muslim-Friendly Tourism Services in Malaysiatext::journal::journal article::research article