Ros Aiza Mohd MokhtarAbd. Hakim Mohad2024-05-282024-05-2820101511-1989https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/4240Bil :15Keistimewaan yang ada pada manusia adalah kerana wujudnya kombinasi keseluruhan kejadiannya yang unik. Unsur seperti roh, jasad, akal, nafsu,jiwa,citarasa, akhlak, budi dan segala yang wujud pada diri manusia, memungkinkan ia menjadi khalifah dibumi. Justeru itulah pelbagai pandangan telah diutarakan oleh sarjana dari Timur mahupun Barat sejak dahulu hingga kini berkenaan manusia. Sehubungan dengan itu, kertas ini akan mengupas persoalan manusia menurut pandangan Ali Shariati. Perbincangan berkisar kepada konsep asal kejadian manusia,peranan dan misi golongan intelektual dalam masyarakat dan dalam masa yang sama menyentuh peranan manusia yang harus diambil iktibar daripada ritual ibadat haji. Pandangan Ali Shairati dipilih kerana beliau merupakan seorang tokoh yang berpegang kuat pada konsep Tawhid dan dalam masa yang sama, berfikiran moden dan terbuka, yang mana beliau menerima aspek-aspek positif daripada tradisi masyarakatnya, Barat dan Marxisme.Ali Shariati, Konsep manusia, peranan manusia, ibadat hajiManusia Dan Peranannya: Pandangan Ali Shariati (1933-1977)Article12514715