Aina Najihah Binti ShamNor Izswana Binti IrwanNur Fatihah Binti NorazriSyed Najihuddin Bin Syed Hassan2024-05-302024-05-302023-01-28Yabi, S., Saidin, M., & Daud , Z. (Eds.). (2023). In E- Prosiding Kertas Kerja: Konvensyen Kearifan Nusantara Ke-4 (ARIF 2023). Penerbit USIM. https://fpqs.usim.edu.my/ms/e-proceeding/e-ISBN: 9786297534374https://fpqs.usim.edu.my/ms/e-proceeding/https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17634E-Prosiding Kertas Kerja: Konvensyen Kearifan Nusantara Ke-4 (Arif 2023): “Memartabatkan Kearifan Islam & Nusantara” Disunting oleh: Dr Shumsudin Yabi, Dr Maisarah Saidin, Dr Zainora Daud Anjuran : Fakulti Pengajian Quran & Sunnah & Madrasah Ahmadiah Islamiah, Narathiwat, Thailand 28 Januari 2023Pada masa kini, kemudahan untuk berdakwah atau mendalami ilmu agama sangat mudah didapati tidak kira masa dan tempat terutamanya di laman media sosial. Seperti yang diketahui, media sosial telah menjadi salah satu keperluan penting hampir setiap orang. Antara media sosial yang paling banyak digunakan ialah youtube. Youtube adalah sebuah web video perkongsian dimana pengguna dapat memuat, menonton, dan berbagi klip video secara percuma. Hal ini menyebabkan masyarakat dapat menggunakan laman youtube ini dengan sebaiknya seperti menonton video-video dakwah. Terdapat pelbagai video yang berbentuk motivasi dan tarbiah diri tentang kehidupan seharian manusia oleh penceramah yang sangat dikenali, digemari dan diyakini masyarakat seperti Ustaz Hanan Attaki. Beliau telah memberi banyak sumbangan melalui motivasinya yang diselitkan dengan hadith sahih yang berkaitan dengan hujahnya. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis sumbangan Ustaz Hanan Attaki berkaitan hadith melalui aplikasi youtube. Jenis kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kualitatif iaitu melalui kajian pemerhatian dan kaedah tinjauan melalui google form. Hasil kajian ini mendapati bahawa hampir kesemua responden berpendapat tentang kredibiliti Ustaz Hanan Attaki yang dapat mengubah fikiran dan tanggapan manusia bukan hanya menjadi lebih positif malah dapat mengamalkan hadis dalam kehidupan seharian.Tuntasnya, kewujudan platform youtube dapat memberi kemudahan kepada kita untuk urusan dakwah kepada masyarakat dan menjadikannya sebagai salah satu medium pembelajaran agama dengan mengikut panduan yang betul dan sesuai.otherSumbangan,Ustaz Hanan Attaki, Hadith, Youtube,Sumbangan Ustaz Hanan Attaki berkaitan Hadith melalui Media Sosial Aplikasi YoutubeArticle9709813