Mohd Sobri ElliasMohd Asyran Safwan KamaruzamanMohd Haidhar KamarzamanMuhammad Ariff Mohd Rajoli2024-06-162024-06-1620242024-1-31Mohd Sobri Ellias, Mohd Asyran Safwan Kamaruzaman, Mohd Haidhar Kamarzaman, & Muhammad Ariff Mohd Rajoli. (2024). Integrasi di Antara Naqli dan Aqli dalam Memahami Nusus Mutasyabihat: Garapan Harmoni Berteraskan Konsep Wasatiyyah [Integration Between Naqli and Aqli in Understanding The texts of Mutasyabihat: Harmony Practice Based on The Concept of Wasatiyyah]. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences (E-ISSN: 2600-9080), 7(1), 1–22. https://www.bitarajournal.com/index.php/bitarajournal/article/view/4382600-9080https://bitarajournal.com/index.php/bitarajournal/article/view/438https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/19213BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences Vol. 7 No. 1 (page:1-22)Pentafsiran terhadap nas-nas al-Quran dan al-hadith serta pemahaman terhadap keduanya mestilah merujuk kepada garapan yang telah dibuat oleh para ulama yang muktabar. Hal ini dilihat sangat signifikan demi memastikan bahawa pemahaman yang terpancar daripada nas-nas tersebut selari dengan pembawaan Nabi Muhammad dalam konteks akidah dan pegangan. Justeru, di antara asas yang mendasari metode para ulama yang muktabar dalam memahami nusus mutasyabihat adalah integrasi di antara naqli dan aqli yang sangat harmoni. Ini secara tidak langsung menyerlahkan lagi konsep wasatiyyah dalam kalangan para ulama muktabar khususnya dalam memahami nas mutasyabihat daripada al-Quran dan al-hadith. Oleh itu, kajian ini akan mengkaji dan menganalisis paduan antara hujahan naqli dan aqli yang berlaku ketika para ulama mentafsirkan nusus mutasyabihat yang terdapat sama ada di dalam al-Quran mahupun al-hadith. Kajian ini adalah kajian kepustakaan yang menggunakan kaedah analisis deskriptif terhadap teks-teks para ulama muktabar di bidang tafsir dan akidah berhubung nusus mutasyabihat. Kajian ini mendapati bahawa terdapat hubungan simbiotik yang sangat akrab antara hujahan naqli dan aqli oleh para ulama dalam memahami nusus mutasyabihat sekaligus menjadikan tafsiran terhadapnya dilihat lebih harmoni dan bertepatan dengan konsep kepercayaan dan keimanan yang dibawa oleh Nabi Muhammad.ms: Integrasinaqliaqliharmoninusus mutasyabihatIntegrasi di Antara Naqli dan Aqli dalam Memahami Nusus Mutasyabihat: Garapan Harmoni Berteraskan Konsep WasatiyyahIntegration Between Naqli and Aqli in Understanding The texts of Mutasyabihat: Harmony Practice Based on The Concept of Wasatiyyahtext::journal::journal article::research article12271