hashim, izzah, Yusof, W.izzah, Yusof, W.hashimMohd Kusrin, Z.Z.Mohd Kusrin2024-05-302024-05-3020192590-4396http://mjsl.usim.edu.my/index.php/jurnalmjsl/article/view/122https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/15657Kes pengabaian dan kecuaian kanak-kanak oleh ibu bapa atau penjaga semakin meningkat di Malaysia walaupun telah wujud peruntukan-peruntukan undang-undang yang mengawalnya. Kejadian yang berlaku seolah-olah tiada kaedah yang mampu menangani memandangkan jarang sekali kedengaran golongan ini dibawa kemuka pengadilan. Justeru, artikel ini bertujuan menganalisis maksud dan beza pengabaian dan kecuaian kanak-kanak dengan penderaan. Kajian juga akan menganalisis bentuk-bentuk pengabaian dan kecuaian kanak-kanak yang dilaporkan di akhbar-akhbar dan jaminan perundangan yang mengawalnya di Malaysia. Data-data yang diperoleh dianalisis secara diskuptif dan dipersembahkan mengikut tema-tema bersesuaian. Hasil kajian mendapati bahawa konsep pengabaian dan penderaan berbeza walaupun seringkali digunapakai. Bentuk-bentuk pengabaian yang sering berlaku kepada kanak-kanak ialah pengabaian dari segi fizikal, seksual, pendidikan dan mental. Selain itu, jaminan perundangan di Malaysia berkaitan kesalahan pengabaian dan kecuaian kanak-kanak adalah terletak di dalam seksyen 17(1) Akta Kanak-kanak (Pindaan) 2016. Manakala di dalam Enakmen Keluarga Islam Negeri-negeri pula dinyatakan di dalam seksyen 84(e). Walaubagaimanapun, peruntukan ini tidak mengkhususkan secara langsung jenis pengabaian dan kecuaian kanak-kanak. Kajian ini diharapkan mampu memberikan pencerahan tentang jaminan yang wujud berkaitan isu pengabaian dan kecuaian dalam memberikan perlindungan kepada kanak-kanak di Malaysia.Pengabaian Dan Kecuaian Kanak-KanakPerlindungan Kanak-KanakIbu Bapa/PenjagaPendakwaanAkta Kanak-Kanak (Pindaan) 2016Undang-Undang SivilUndang-Undang SyariahKonsep Pengabaian Dan Kecuaian Kanak-Kanak Oleh Ibu Bapa Dan Penjaga Di Malaysia: Satu Tinjauan LiteraturArticle577071