Mizan Adiliah Ahmad IbrahimNaim Hj. AhmadAbdul Halim Mohd HussinYuseri AhmadMohd Azhar Ibrahim ResediMarina Munira Abdul Mutalib2024-06-042024-06-042006https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18977Kajian ini dijalankan untuk mengetahui tahap penyalahgunaan dadah dan gejala sosial di kalangan remaja dan belia di tanah rancangan tanah felda. Di samping itu kajian ini juga meninjau tentang tahap aktiviti dakwah di kalangan masyarakat felda. Kajian ini adalah berbentuk participiant observation dan ia telah dijalankan di salah sebuah tanah rancangan felda di negeri Pahang selama dua bulan dengan menerangkan dan memperihalkan budaya sesebuah masyarakat yang kompleks. Hasil kajian mendapati bahawa memang terdapat masalah penyalahgunaan dadah dan gejala sosial di kalangan masyarakat tanah rancangan Felda. Di antara gejala sosial ini termasuklah pengangguran, melepak, merokok, ponteng sekolah, VCD lucah, pornografi dan sebagainya. Diantara punca berlakunya gejala sosial ini ialah kelesuan aktiviti dakwah, kelemahan institusi pentadbiran dan pengurusan, ketidakseimbangan antara pembangunan ekonomi dan infrantruktur dengan aspek pembangunan insan, keruntuhan institusi kekeluargaan dan sebagainya. Kajian ini mencadangkan supaya diwujudkan pusat ilmu dan dikendalikan oleh penggerak masyarakat di setiap tanah rancangan bagi membolehkan seseorang kebali kepada penghayatan agama yang kukuh sebagai satu usaha kepada penyelesaian masalah sosial dan penyalahgunaan dadah.otherModaliti Dakwah dalam Menentang Gejala Dadah di Kalangan Remaja dan Belia Tanah Rancangan FeldaTechnical Report