Aisah HossinMohd Hanafi Jumrah2024-09-042024-09-042024Muhammad Raqib Mohd Sofian, Siti Suriani Othman, Safiyyah Sabri, Osama Kanaker, & Ihab Ahmed Ra’uf Awais (Eds.). (2024). In 4th International Conference on Islam, Media and Communication (ICIMac 2024) (pp. 1–501).https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/22327E-Proceeding of 4th International Conference on Islam, Media and Communication (ICIMac 2024): “Communication & Digitisation in Madani Society”/ Muhammad Raqib Mohd Sofian, Siti Suriani Othman, Safiyyah Sabri, Osama Kanaker & Ihab Ahmed Ra’uf Awais. 5th March 2024 Organized by : Faculty of Leadership & ManagementKemiskinan haid atau digelar sebagai ‘period poverty’ merupakan kekangan yang dihadapi oleh individu dari aspek pengurusan yang betul dan lebih bersifat sanitari semasa proses haid atau ‘datang bulan’ yang kebiasaannya terjadi kepada golongan wanita khususnya yang belia disebabkan oleh pelbagai faktor seperti kekurangan air bersih dan juga kemudahan untuk memiliki tuala wanita. Sehubungan dengan itu, kajian ini melihat apakah isu dan cabaran yang dihadapi oleh golongan wanita khususnya belia dalam kalangan masyarakat Bajau Laut di Semporna, Sabah dari aspek literasi digital bagi membolehkan mereka mempelajari dan mempraktikkan teknik pengurusan yang betul untuk penjagaan kendiri mereka. Penelitian ini akan menggunakan kaedah kualitatif dengan menemu bual secara mendalam terhadap lapan orang remaja etnik Bajau Laut yang memenuhi kriteria persampelan bertujuan iaitu remaja yang sudah akil baligh dan tinggal di dalam Lepa. Dengan menggunakan analisis naratif dan kerangka literasi digital kajian ini mendapati ekonomi keluarga yang rendah menyebabkan informan tidak berupaya untuk membeli gadget. Keadaan ini mengekang informan dalam mencari informasi berkaitan haid dan pengurusan yang betul, sebaliknya informan lebih bergantung kepada informasi secara fizikal (face to face) daripada NGO atau mana-mana persatuan yang datang memberikan bantuan dan informasi dari keluarga serta rakan. Kajian ini mencadangkan agar semua pihak termasuk pihak kerajaan dan NGO untuk bersama-sama dalam menggembleng tenaga bagi memastikan masalah miskin haid ini dapat dikurangkan dari masa ke semasa. Salah satu usaha yang boleh dilakukan adalah dengan menyalurkan pelbagai medium penyaluran maklumat seperti menyediakan kemudahan booth informasi digital berhampiran kawasan yang biasanya menjadi laluan atau persinggahan komuniti Bajau Laut.msKemiskinan haidliterasi digitalBajau Lautisu dan cabaranMiskin Haid Isu dan Cabaran Literasi Digital dalam Kalangan Remaja Wanita Etnik Bajau Laut di Semporna, Sabahtext::conference output::conference proceedings::conference paper