Annisa Nabila HakimRuhanee AyaeSyed Najihuddin bin Syed Hasan2024-05-302024-05-302024Syed Hassan, S. N., Hamisan@Khair, N. S., Zulkiply, S. R. I., & Mohamad Zainuzi, I. H. (Eds.). (2024). In E-Prosiding Seminar Kearifan Nusantara Kali Ke-5 (2024) (pp. 1–1203). Penerbit USIM.e-ISBN: 978-629-7636-32-0https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17721E-Prosiding Seminar Kearifan Nusantara Kali Ke-5 (2024): “Memartabatkan Masyarakat Madani Nusantara Berlandaskan Kearifan Al-Quran Dan Sunnah” / Penyunting: Syed Najihuddin Syed Hassan, Nur Saadah Hamisan@Khair, Shah Rizul Izyan Zulkiply, Nurul Izzatul Huda Mohamad Zainuzi 20-23 Januari 2024 / 8-11 Rejab 1445H Penganjur: Fakulti Pengajian Quran and Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) & Muzium Manuskrip al-Quran Narathiwat ThailandDalam alam dakwah moden, banyak cabaran baru yang dihadapi oleh pendakwah agama dalam era maklumat dan teknologi dalam menyebarkan agama Islam yang kadangkala sukar diramal. Ini menyedarkan kita betapa pentingnya menyesuaikan diri dengan perkembangan semasa bagi memastikan kejayaan dakwah mencapai khalayak yang semakin pelbagai. Kajian ini dijalankan untuk meneroka sumbangan yang dibuat oleh Dr. Zakir Naik dalam memajukan dakwah dalam konteks moden. Penyelidikan ini bermotifkan kesedaran terhadap urgensi da kwah dalam menghadapi dinamika masyarakat moden yang menuntut penyesuaian dan inovasi dalam penyampaian mesej agama agar kekal relevan dan diterima pakai. Objektif kajian ini merangkumi analisis mendalam tentang latar belakang perjalanan hidup Dr Dzakir Naik, kaedah unik yang diterapkan oleh Dr. Zakir Naik dalam menyampaikan dakwah, dengan meneliti keberkesanannya dalam menyampaikan syiar agama, serta sikapnya yang bijak menyahut isu isu kontemporari. Kajian ini menggunakan kaedah analisis literatur, yang dapat memberikan perspektif yang relevan tentang Dr. Zakir Naik, dengan harapan dapat memberikan pemahaman yang lebih mendalam tentang kaedah yang digunakannya dalam pembangunan dakwah moden. Dengan merujuk kepada metodologi ini, diharapkan hasil kajian dap at memberikan gambaran yang lebih lengkap tentang bagaimana Dr. Zakir Naik berjaya menghayati pelbagai lapisan masyarakat, memudahkan pemahaman agama yang mudah difahami, dan menjawab isu kontemporari dengan penuh hikmah. Penyelidikan ini memberikan pemaha man yang lebih baik tentang Dr. Zakir Naik dalam memperkasakan syiar dakwah Islamiah di tengah tengah masyarakat moden yang terus berkembang. artikel ini menonjolkan kaitan dan sumbangan unik Dr. Zakir Naik dalam memodenkan dakwah, memberikan gambaran yang mendalam tentang peranan pentingnya dalam memahami dan menyebarkan ajaran agama dalam era moden yang penuh cabaran.otherDr Zakir Naik, Youtube, Inovasi Dakwah, EraSumbangan Dr Zakir Naik dalam Dakwah ModernArticle288296