Norwardatun Mohamed Razali2024-05-302024-05-302021-10-062811-3411https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/16867PAPER PROCEEDINGS THE 7TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON QURAN AS FOUNDATION OF CIVILIZATION (SWAT) 2021 “ISLAMIC AND NON-REVEALED KNOWLEDGE IN FACING THE GLOBAL CHALLENGES” 6th – 7th October 2021 / 29 – 30 Safar 1443H Faculty of Quranic and Sunnah Studies Universiti Sains Islam MalaysiaRealiti kehidupan manusia tidak sunyi daripada pelbagai ujian dan emosi. Di antara emosi yang menjadi tunjang kepada sesebuah ujian adalah kesedihan yang boleh mengakibatkan pelbagai kesan yang tidak diingini. Tambahan dengan situasi semasa yang mendorong serta menyumbang kepada kesedihan tersebut akibat tekanan perasaan dan sebagainya. Justeru, kertas kerja ini bertujuan untuk mengkaji hakikat kesedihan yang disebutkan di dalam Surah Yusuf serta menganalisis kisah di sebalik kesedihan di dalamnya bagi mencari solusi mendepani kesedihan menurut perspektif surah Yusuf Alaihissalam. Kertas kerja ini menggunakan kaedah induktif dengan mengumpulkan ayat berkaitan kronologi peristiwa yang terdapat di dalam surah Yusuf kemudian merujuk kitab tafsir muktabar untuk melihat bagaimana para Nabi terdahulu mendepani kesedihan sebagai iktibar. Melalui analisis tekstual yang dijalankan, kajian mendapati bahawa para Nabi juga tidak terlepas dari menghadapi ujian kesedihan, dan solusi mendepaninya telah ditunjukkan menerusi perbuatan mereka sebagai teladan untuk dijadikan panduan hidup tanpa melampaui batas takdir Allah SWT.otherKesedihan, Kisah Nabi, Surah Yusuf, Nabi Yaakub Alaihissalam, Nabi Yusuf Alaihissalam.Mendepani Kesedihan Di Dalam Kehidupan : Solusi Menerusi Surah Yusuf A.SArticle531538