Ahmad Syukran BaharuddinAiman Abdull RahimWan Abdul Fattah Wan IsmailLukman Abdul MutalibSiti Robiatun Addawiyah Roslan2024-05-302024-05-302020-10-292756-8156www.penerbit.usim.edu.myhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17230Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020 Paper No. BM030 530-542Maqasid al-Shariah merupakan cabang ilmu yang berasaskan al-quran dan al-sunnah. Wacana- wacana intelek berkaitan maqasid al-shariah dilihat semakin bertambah dengan sokongan yang diberikan oleh pihak pemerintah di Malaysia. Antara indikator yang digunakan bagi menunjukkan tahap persediaan ahli akademik di Malaysia berkenaan wacana Maqāsid Al-Shariʿah ini ialah melalui pemerhatian semula terhadap kewujudan literatur dan penulisan artikel jurnal yang telah diterbitkan. Melalui penulisan artikel jurnal, ia secara tidak langsung membuktikan wujudnya pendedahan, wacana dan kajian yang serius berkenaan konsep Maqāsid Al-Shariʿah dalam kalangan ahli akademik. Kajian kualitatif ini menganalisis status perkembangan Maqāsid Al-Shariʿah di Malaysia berdasarkan penulisan dan penerbitan yang telah dilakukan. Kajian ini menggunakan metodologi PRISMA dengan skop data simpanan di web www.scopus.com dan http://myjurnal.my yang menghimpunkan ribuan penulisan ilmiah di dunia. Hasil tapisan akhir mendapati sebanyak 296 artikel berkaitan Maqasid al-Shariah telah diterbitkan dalam pelbagai bidang. Pola-pola penulisan juga dianalisis bagi melihat kecenderungan penulisan para akademia dalam bidang ini. Kajian ini diharapkan dapat menjadi panduan kepada penyelidikan seterusnya terutama penyelidik novis.otherMaqāsid Al-Shariʿah,Systematic Literature Review,Bibliometric,Scopus Database,MyJurnal DatabaseLiteratur Maqasid Al-Shariah Bagi Kajian-Kajian Penyelidikan Di Malaysia: Analisis Sistematiktext::conference output::conference proceedings