Muhammad Ikhwan Bin Lam HawariMuhammad Izzuddin Bin Muhd ShaukiMuhammad Syahmi Bin ShakhruddinSyed Najihuddin Syed Hassan2024-05-302024-05-302023-01-28Yabi, S., Saidin, M., & Daud , Z. (Eds.). (2023). In E- Prosiding Kertas Kerja: Konvensyen Kearifan Nusantara Ke-4 (ARIF 2023). Penerbit USIM. https://fpqs.usim.edu.my/ms/e-proceeding/e-ISBN: 978-629-7534-37-4https://fpqs.usim.edu.my/ms/e-proceeding/https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17591E-Prosiding Kertas Kerja: Konvensyen Kearifan Nusantara Ke-4 (Arif 2023): “Memartabatkan Kearifan Islam & Nusantara” Disunting oleh: Dr Shumsudin Yabi, Dr Maisarah Saidin, Dr Zainora Daud Anjuran : Fakulti Pengajian Quran & Sunnah & Madrasah Ahmadiah Islamiah, Narathiwat, Thailand 28 Januari 2023Pendidikan Tahfiz merupakan elemen penting dalam dunia Pendidikan hari ini. Merujuk kepada usaha untuk memartabatkan Institusi Al Quran di Malaysia, Kerajaan mengambil pendekatan memperkenalkan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara sebagai perancangan utama melahirkan generasi Teknokrat yang berintegriti dan mengadaptasikan Al Quran dalam kehidupan. Namun, dunia dikejutkan dengan pandemik Covid 19 pada Mac 2020 sehingga melumpuhkan hampir keseluruhan negara dan memberi impak dalam semua faktor. Justeru itu, Langkah yang produktif telah dirangka bagi meneruskan pengajaran Hafazan dan Murajaah Al Quran khususnya di Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Pulai Chondong. Perkembangan teknologi semasa seperti Google Meet, Zoom, Microsoft Team dan lain-lain platform dapat menggantikan medium pengajaran secara bersemuka. Namun, aspek kekurangan dari sudut peranti, data internet dan suasana pembelajaran telah menimbulkan implikasi kepada pembelajaran Al Quran secara umumnya. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis kaedah pengajaran hafazan dan murajaah Al Quran secara atas talian sepanjang era pandemik. Jenis kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kuantitatif iaitu melalui kajian analisis statistik yang bersifat objektif dan berorientasikan kepada tinjauan di lapangan. Kaedah ini juga bersumberkan penyelidikan yang dikaitkan dengan data numerik dan ketepatan. Hasil kajian mendapati kaedah pengajaran hafazan dan murajaah Al Quran atas talian mempengaruhi ketetapan dan garis panduan sekolah. Medium ini merupakan penyelesaian holistik dengan keadaan semasa ketika dunia mendepani masalah kesihatan global. Kesimpulannya, kewujudan aplikasi yang semakin berkembang telah memudahkan urusan seharian masyarakat seterusnya dapat memberikan manfaat kepada sistem Pendidikan seperti institusi Tahfiz pada hari ini. Justeru itu, semua pihak perlulah mengambil bahagian dengan kepesatan teknologi ini untuk meningkatkan Ilmu dan mengadaptasikan dalam dunia Al Quran. Kami mengharapkan kajian ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat umum dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran hafazan dan murajaah Al Quran secara atas talian seterusnya konsisten mendepani kemajuan semasa dalam era globalisasi.otherAnalisis, Pengajaran Hafazan dan Murajaah Al Quran, Dalam Talian, Era PandemikAnalisis Kaedah Pengajaran Hafazan dan Murajaah Al Quran secara Atas Talian Sepanjang Era Pandemik di Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Pulai Chondong Machang KelantanArticle3243