Nur Madiha binti AbdullahMuhammad Hafiz Saleh2024-05-302024-05-302021-10-062811-3411https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/16861PAPER PROCEEDINGS THE 7TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON QURAN AS FOUNDATION OF CIVILIZATION (SWAT) 2021 “ISLAMIC AND NON-REVEALED KNOWLEDGE IN FACING THE GLOBAL CHALLENGES” 6th – 7th October 2021 / 29 – 30 Safar 1443H Faculty of Quranic and Sunnah Studies Universiti Sains Islam MalaysiaKajian ini menjelaskan kaedah pembelajaran al-Quran menerusi Facebook semasa negara berhadapan dengan pandemik covid-19. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, pembelajaran al-Quran secara bersemuka tidak dapat dilaksanakan bagi mengekang penyebaran wabak covid-19. Oleh itu, pembelajaran al-Quran mula beralih kepada pembelajaran secara atas talian. Antara platform yang menjadi pilihan bagi tujuan pembelajaran al-Quran adalah Facebook. Sehingga kini, terdapat beberapa kelas al-Quran yang dilaksanakan menerusi Facebook dengan pendekatan yang pelbagai. Bagi menjalankan kajian ini, kaedah analisis kandungan digunakan bagi mengkaji Facebook Page yang popular dan terpilih dalam pengajaran al-Quran. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat tiga peringkat pengajaran dan pembelajaran al-Quran iaitu peringkat rendah menawarkan kelas asas mengenal dan membaca al-Quran dengan pendekatan Kaedah Iqra’ dan Kaedah Baghdadi. Kedua, peringkat pertengahan iaitu Kelas Talaqqi Al-Quran dan Bertajwid, manakala yang ketiga adalah kelas al-Quran Peringkat Tinggi iaitu Kelas Tarannum.otherTrend, Pembelajaran, al-Quran, FacebookTrend Pembelajaran Al-Quran Melalui FacebookArticle482491