Zainora DaudAbd Muhaimin AhmadNorazman AliasMuhammad Hafiz SalehMashitah Sulaiman2026-05-052026-05-052026Zainora Daud, Abd Muhaimin Ahmad, Norazman Alias, Muhammad Hafiz Saleh & Mashitah Sulaiman (2026). Kelestarian Literasi Al-Quran Sepanjang Hayat: Impak Media Sosial, Kepimpinan Guru dan Persekitaran Islamik di Malaysia: Sustainable Lifelong Quranic Literacy: The Impact of Social Media, Teacher Leadership, and Islamic Environment in Malaysia. Journal of Quran Sunnah Education & Special Needs, 10, 146–163. Retrieved from https://jqss.usim.edu.my/index.php/jqss/article/view/2922590-3799https://jqss.usim.edu.my/index.php/jqss/article/view/292/176https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/29533Indexed by MyciteLiterasi al-Quran dalam kalangan warga dewasa merupakan proses pembelajaran sepanjang hayat yang dinamik dan mencabar, merentasi dimensi teknikal, kognitif dan afektif. Masalah utama yang dikenal pasti ialah wujudnya jurang literasi yang signifikan akibat kekangan masa, faktor usia, dan stigma psikososial seperti rasa malu dalam kalangan profesional dan pesara, yang gagal ditangani oleh kaedah pengajian tradisional. Kajian ini meneroka pengaruh motivasi intrinsik dan ekstrinsik terhadap peningkatan literasi al-Quran melalui lensa Teori PenentuanKendiri (Self-Determination Theory, SDT) dan Model ARCS. SDT menekankan tiga keperluan psikologi asas iaitu autonomi, kompetensi dan hubungan (relatedness) sebagai teras kepada internalisasi amalan agama yang lestari, manakala Model ARCS oleh Keller memberi fokus kepada perhatian, kerelevanan, keyakinan dan kepuasan sebagai pemangkin penglibatan pembelajaran. Menggunakan reka bentuk kualitatif kajian kes diinstitusi Dar al-Qari, data dikumpul melalui temu bual mendalam bersama 11 peserta dewasa menggunakan pensampelan bertujuan. Data dianalisis secara tematik bagi mengenal pasti pola motivasi, pengalaman pembelajaran dan impaknya terhadap tahap literasi peserta. Dapatan menunjukkan bahawa kepimpinan guru yang empati, pengaruh media sosial sebagai pencetus kesedaran, serta persekitaran Islamik yang menyokong autonomi dan hubungan sosial merupakan faktor kritikal bagi kelestarian literasi. Media sosial berfungsi sebagai pemacu ekstrinsik awal yang menormalkan pembelajaran al-Quran dalam kalangan profesional, pesara dan suri rumah, manakala guru yang mengamalkan andragogi Islam dan pendekatan tanpa menghukum mengekalkan komitmen jangka panjang pelajar. Kesannya bukan sahaja merangkumi dimensi teknikal (tilawah), tetapi juga pemahaman (tafahhum) dan amalan (tatbiq) sebagai ejen penyembuhan psikospiritual, khususnya dalam mengurus keresahan dan tekanan hidup. Kajian ini menyumbang kepada pengayaan wacana literasi al-Quran dewasa dengan mencadangkan model ekosistem pembelajaran yang mengintegrasikan strategi pemasaran digital, kepimpinan guru dan persekitaran Islamik yang rahmah bagi menyokong kelestarian literasi sepanjang hayat.msQuranic LiteracySelf-Determination Theory (SDT)ARCS ModelAdult Learning (Andragogy)Thematic AnalysisPsychospiritual HealingKelestarian Literasi Al-Quran Sepanjang Hayat: Impak Media Sosial, Kepimpinan Guru dan Persekitaran Islamik di MalaysiaSustainable Lifelong Quranic Literacy: The Impact of Social Media, Teacher Leadership, and Islamic Environment in Malaysiatext::journal::journal article146163101