Abd. Hakim MohadRos Aiza Mohd Mokhtar2024-05-282024-05-2820172289-1706https://www.ukm.my/jatma/jilid-5-bil-2/https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/6170Jilid :5 Bil :2Agama dan budaya adalah dua elemen penting dalam kehidupan masyarakat Murut Tahol di Sabah. Walaupun zaman sentiasa berubah dan bersilih ganti, kedua-dua elemen ini masih kekal dan berjalan seiringan memperkukuh jati diri etnik ini. Apa yang menarik di sini ialah perubahan agama dan kepercayaan tidak menjadikan budaya mereka terpinggir atau ditinggalkan. Apakah rahsianya? Makalah ini akan membincangkan tentang keupayaan masyarakat Murut Tahol mengekalkan amalan budayanya walaupun pegangan agama mereka telah berubah daripada animisme kepada Kristian. Ulu Tomani, Daerah Kecil Kemabong, Tenom, Sabah. Hasil kajian menunjukkan bahawa masyarakat ini mempunyai kekuatan untuk membuat pilihan tentang apa yang perlu dilakukan untuk mengekalkan budaya tradisionalnya dalam kerangka kepercayaan yang baharu. Dengan lain perkataan mereka adalah agen kepada perubahan masyarakatnya sendiri atau disebut sebagai localized social change. Keupayaan inilah yang menjadikan masyarakat Murut Tahol masih dapat mengekalkan amalan budayanya seperti adat merisik (pamalaan), adat pertunangan (antamong), adat perkahwinan (ahuot), adat menghantar berian akhir (tinauh), dan adat mencuci benih padi (amparawak ra Vivit).otherAgama; budaya; adat; Murut Tahol; SabahAgama Dan Budaya Berpisah Tiada: Tinjauan Terhadap Masyarakat Murut Tahol Di SabahThe Indivisible Nature of Religion and Culture: A Review on the Murut Tahol Community in SabahArticle31252