Siti Mardiyah Kamal AzharMaisarah SaidinMuhammad Najmi Md Aziman2024-05-302024-05-302019-10-08978-967-440-682-0https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/16793THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON QURAN AS FOUNDATION OF CIVILIZATION (SWAT) 2019 “AL QURAN RAHMATAN LIL A’LAMIN: VISION AND CHALLENGES” 8th – 9th October 2019 / 9 – 10 Safar 1441H Hosted By : Faculty Of Quranic And Sunnah Studies, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)Fenomena ‘kaum Luth moden’ atau LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual, dan Transgender) dalam kalangan masyarakat Malaysia semakin berkembang secara meluas. Penyebaran ideologi atas dasar memperjuangkan hak kebebasan individu yang dibawa oleh golongan tersebut jelas bertentangan dengan nilai ajaran Islam dan Perlembagaan Malaysia. Dalam usaha mengajak golongan ini kembali kepada fitrah, metode dakwah yang tersusun dan terancang diperlukan agar keberkesanan dakwah dapat dicapai. Oleh yang demikian, penulisan kertas kerja ini akan mengenalpasti pendekatan dakwah para nabi terhadap kaum mereka berdasarkan perspektif al-Qur’an dan sunnah disamping menjelaskan pendekatan dakwah yang telah dijalankan di Malaysia dalam mendepani golongan LGBT. Selain itu, kajian ini juga mengenalpasti keberkesanan metode dakwah yang dijalankan terhadap perubahan sahsiah golongan tersebut. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian yang berbentuk kualitatif ini akan menjalankan kaedah pengumpulan data yang dilaksanakan melalui kajian kepustakaan untuk mendapatkan data-data-yang berkaitan pendekatan dakwah kepada golongan LGBT. Seterusnya data-data tersebut akan dianalisis melalui kaedah induktif dan deduktif dengan bersandarkan al-Qur’an dan Sunnah serta sumber data kepustakaan baik data primer mahupun sekunder. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah dakwah berkonsepkan rahmatan lil alamin disamping pendekatan secara berhikmah dan berterusan memberi impak yang baik terhadap pembangunan sahsiah golongan ini untuk kembali kepada fitrah asal.otherKerahmatan Islam, Golongan LGBT, Pendekatan dakwah.Kerahmatan Islam Dalam Mendepani Golongan LGBTArticle630650