Siti Nor Azhani Mohd ToharNur Izzati Nadia Mohd Dzolkifli2024-05-312024-05-312022e-ISBN : 9789670001746https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18334E-Prosiding Seminar Antarabangsa Falsafah, Tamadun, Etika Dan Turath Islami (i-STET) 2022 “Melestari Turath, Memartabat Falsafah, Memacu Peradaban”/ editor : Anita Ismail, Farah Laili Muda @ Ismail, Mashitah Sulaiman 19 Oktober 2022 (Secara Dalam Talian) Anjuran : Pusat Pengajian Teras Malaysia (USIM) Dengan Kerjasama :Institut Sains Islam (ISI), USIM, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Brunei dan Universiti Islam Negeri (UIN), Sunan Kalijaga, Yokyakarta IndonesiaPerbincangan mengenai Teori Semangat Kekitaan atau disebut sebagai ‘Asabiyyah oleh Ibnu Khaldun yang merupakan faktor penentu jatuh bangun sesebuah ketamadunan telah menjangkau lebih enam abad lamanya. Namun, inti pati dalam teori tersebut masih dibincangkan dan adakah ia masih relevan sehingga ke hari ini? Justeru, makalah ini akan mengkaji keselarian Teori Semangat Kekitaan Ibnu Khaldun dengan dua teori barat yang terkenal, iaitu 1) Teori Bioekologikal Pembangunan Manusia Bronfenbrenner dan, ii) Teori Personaliti Maslow. Perbincangan ini dibuat melalui metodologi analisis kandungan bersumberkan bahan ilmiah seperti buku dan artikel jurnal. Hasil dapatan menunjukkan inti pati utama yang dibincangkan dalam Teori Semangat Kekitaan Ibnu Khaldun turut dibincangkan dalam 2 teori barat ini. Implikasinya, walaupun Teori Semangat Kekitaan Ibnu Khaldun dibincangkan dalam konteks semasa sewaktu zaman beliau yang jauh berbeza dengan zaman moden kini, namun intipati yang diutarakan tentang keperluan sosial manusia dalam masayarakat amat relevan, malahan turut dibincangkan dalam teori-teori barat yang wujud selepas beliau. Ini membuktikan keintelektualan teori ini tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas walaupun ia merentasi zaman, geografi dan fizikal dari zaman ke zaman.otherAsabiyyah, tamadun, Bronfenbrenner, Maslow.Keselarian antara Teori Semangat Kekitaan Ibnu Khaldun dengan Teori BaratArticle628637