Hasan Al-Banna MohamedSiti Arni BasirNoor Azmi Haji Mohd ZainolMohd Hamran MohamadNorashikin Sahol Hamid2024-05-302024-05-302021-08-23eISBN: 978-967-440-956-2https://fem.usim.edu.my/ihmc2021-proceeding/https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/179523rd INTERNATIONAL HALAL MANAGEMENT CONFERENCE (3rd IHMC 2021) “Sustainability and Empowerment of Halal Industry in The Midst of COVID19-Pandemic” Date: 23rd – 24th August 2021, Malaysia eISBN: 978-967-440-956-2 Organised by : Faculty of Economy and Muamalat, USIMNegara Malaysia telah menjadi barisan hadapan untuk berjaya mewujudkan satu standard atau piawaian bagi Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) yang patuh kepada Syariah telah diaplikasikan pada tahun 2005 buat pertama kalinya. Ia adalah satu piawaian yang mengikut Keperluan dari Perspektif Islam (MS1900: 2005) yang dikenali sebagai Sistem Pengurusan Kualiti - dan kemudiannya dipinda kepada piawaian baharu iaitu tahun 2014 dengan nama Sistem Pengurusan Kualiti Berasaskan Syariah (MS1900). Kajian kes ini bertujuan mengkaji cabaran-cabaran bagi kelestarian pelaksanaan system MS1900 ini khususnya di sebuah Kolej Komuniti di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan Kualitatif di mana metode pengumpulan data primer adalah melalui temu bual separa berstruktur, dan dilakukan trangulasi data yang dikumpulkan dari bukti dokumen dan pemerhatian. Teknik persampelan bertujuan digunakan untuk memilih semua informan yang terlibat secara aktif dalam pelaksanaan MS 1900 di institusi kajian di temu bual. Perisian NVivo pula digunakan untuk memudahkan proses analisis data, bagi mengenal pasti dan membangunkan tema atau kod yang berkaitan dengan subjek yang dikaji. Dapatan kajian menunjukkan cabaran yang dilalui oleh institusi berkenaan adalah bermula dengan aspek yang berkaitan dengan sikap pekerja sendiri, beban kerja yang berat, dan kekurangan Latihan berkaitan dengan SPK. Kajian ini diharapkan dapat menyuntik sumbangan yang signifikan dalam pengembangan ilmu pengetahuan dan teori pengurusan kualiti Islam dengan lebih mendalam.otherCabaran; Sistem Pengurusan Kualiti (SPK); Patuh Syari’ah; Piawaian MS1900:2014Cabaran Kelestarian Pelaksanaan Piawaian Sistem Pengurusan Kualiti Berasaskan Syariah (MS 1900): Kajian Kes di Sebuah Kolej KomunitiArticle177187