Muhammad Mustaqim Bin RoslanAnwar Bin Osman Zainuri2024-05-312024-05-312022e-ISBN : 9789670001746https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18300E-Prosiding Seminar Antarabangsa Falsafah, Tamadun, Etika Dan Turath Islami (i-STET) 2022 “Melestari Turath, Memartabat Falsafah, Memacu Peradaban”/ editor : Anita Ismail, Farah Laili Muda @ Ismail, Mashitah Sulaiman 19 Oktober 2022 (Secara Dalam Talian) Anjuran : Pusat Pengajian Teras Malaysia (USIM) Dengan Kerjasama :Institut Sains Islam (ISI), USIM, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Brunei dan Universiti Islam Negeri (UIN), Sunan Kalijaga, Yokyakarta IndonesiaHifz al-Nafs bukan satu istilah yang janggal dalam Maqasid Syariah. Ia sering diertikan sebagai Menjaga Nyawa bagi kalangan ahli Fiqh dan Usul apabila dikaitkan dengan hukuman Qisas. Namun begitu, terma al-Nafs dan kata jamaknya al-Anfus yang terdapat di dalam al-Quran sebanyak 266 kali membawa pengertian yang begitu luas. Pemahaman umat Islam terhadap istilah Hifz al-Nafs dengan mengecilkan maksud penggunaannya hanya kepada Menjaga Nyawa mengundang kekeliruan sehingga menjadikan mereka begitu sempit dalam memahaminya. Oleh yang demikian, artikel ini mengetengahkan objektif utama iaitu menganalisis teori Hifz al-Nafs dari sudut pendalilannya melalui surah-surah pilihan di dalam al-Quran. Ia bertujuan agar pengertian Hifz al-Nafs itu dapat dianalisis maksudnya dengan lebih mendalam dari sumber utama umat Islam. Falsafah di sebalik artikel ini ialah interpretif dan menggunakan pendekatan kualitatif dalam mengadaptasikan reka bentuk kajian. Kaedah pengumpulan dan analisis data ialah analisis kandungan dokumen dengan menganalisis sampel utama daripada peruntukan dalam al-Quran yang berkaitan dengan al-Nafs. Ia dijadikan sebagai data primer dalam kajian ini kerana data tersebut adalah daripada sumber langsung, berautoriti dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pandangan atau pendapat individu. Selain itu juga, data sekunder bagi kajian ini ialah perbahasan yang terdapat dalam kitab-kitab tafsir, buku-buku akademik, jurnal dan kajian ilmiah lepas digunakan dalam artikel ini. Hasil dapatan menunjukkan bahawa pendalilan Hifz al-Nafs yang dianalisis pengkaji adalah merujuk kepada ‘menjaga jiwa’ dari dimensi rohani. Pengkaji turut mendapati bahawa dimensi rohani dalam penjagaan jiwa ini adalah berfokus untuk ‘memperoleh keteguhan iman’ dan ‘demi kelangsungan hidup’. Ini bererti bahawa menjaga rohani dalam jiwa manusia itu adalah penting agar diri manusia itu tidak terdorong untuk melakukan perkara-perkara yang boleh merosakkan diri dan nyawa. Ia juga adalah tidak selari dengan teori Hifz al-Nafs seperti yang diinginkan oleh syarak.otherHifz al-Nafs, jiwa, pendalilan, rohani, teori.Teori Hifz Al-Nafs dalam Islam: Analisis PendalilanThe Theory Of Hifz Al-Nafs In Islam: An Argumentative AnalysisArticle1324