Norzulaili Mohd GhazaliRobiatul Adawiyah Mohd @ AmatMawaddah Abd Manan2024-05-302024-05-302023Ramlan, N., Doll Kawaid, I. S., Abd Kadir, K., & Zainol, N. N. (Eds.). (2023). International Conference On Quran As Foundation Of Civilization (SWAT2023) . Penerbit USIM.eISSN: 2811-3411https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/16954PAPER PROCEEDINGS: THE 9TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON QURAN AS FOUNDATION OF CIVILIZATION SWAT 2023: “AL QURAN AS A SOURCE OF REVELATION IN BUILDING A CIVILIZED SOCIETY”/ Edited by : Dr. Nadiah Ramlan, Dr. Irwan Santeri Doll Kawaid, Dr. Kauthar Abd Kadir, Nurfatin Nazilah Zainol 4th – 5th October 2023 / 19-20 Rabiul Awal 1445H I Faculty of Quranic and Sunnah StudiesSaling bekerjasama adalah tunnjang kepada keharmonian sesebuah kehidupan berkeluarga. Kerangka asas kerjasama bagi sesebuah masyarakat dan kehidupan disebut dalam al-Quran menerusi ayat 71, surah al-Taubah. Menerusi ayat ini pasangan suami isteri boleh mengambil pendekatan untuk mewujudkan dan memperkasakan kerjasama sesama mereka dalam melayari kehidupan berumahtangga. Justeru, kertas kerja ini akan mengupas elemen kerjasama menerusi ayat 71, surah al-Taubah agar ia boleh dijadikan sebagai panduan yang lengkap bagi suami dan isteri untuk mengemudi kehidupan berumahtangga .Objektif kajian adalah untuk meneroka makna kontektual kerjasama antara suami dan isteri dengan menelusuri aspek bahasa dan pendekatan mufassir bagi ayat 71, Surah al-Taubah ini. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis dokumen. Dapatan kajian merumuskan bahawa penggabungan jumlah ismiyah dan jumlah fi’liyah pada ayat 71, Surah al-Taubah bermaksud proses menggapai kebahagian dan keharmonian adalah proses berterusan dan perlu sentiasa diperbaharui. Justeru, kerukunan hidup berkeluarga boleh dicapai dengan syarat suami dan isteri konsisten menerapkan elemen-elemen kehidupan harmoni sesama mukmin yang disebut menerusi ayat 71, Surah al-Taubah. Ia menuntut agar sepasang suami isteri sentiasa berkasih sayang kerana Allah. Suami hendaklah sentiasa bertindak sebagai pelindung kepada isteri dengan menyayanginya, menafkahinya, menunjukkannya jalan kebaikan dan menegur kesalahannya sebagaimana yang dikehendaki oleh syarak.otherAnalisis Elemen Kerjasama Dalam Kehidupan Berkeluarga Menerusi Ayat 71, Surah Al TaubahArticle657669