Abu Bakar, S.A.S.A.Abu BakarIsmail, S.Z.S.Z.Ismail2024-05-292024-05-2920182232-0431http://abqarijournal.usim.edu.my/index.php/abqari/article/view/12https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/14090Statistik menunjukkan jumlah mualaf di Malaysia meningkat setiap tahun. Peningkatan ini tidak akan memberi sebarang makna sekiranya tiada satu sistem pengurusan yang sistematik dalam pengurusan bahan-bahan dan keperluan spiritual mualaf. Pengabaian dalam aspek keperluan mualaf akan mencetuskan konflik dan isu-isu lain. Di Malaysia, pihak berkuasa yang bertanggungjawab dalam menguruskan kebajikan mualaf di peringkat negeri adalah Majlis Agama Islam atau Jabatan Agama Islam. Kedua-dua agensi ini akan menguruskan pendaftaran mualaf, menyediakan bantuan kewangan dan kebajikan melalui peruntukan zakat, dan menganjurkan kelas pengajian agama. Di samping itu, kewujudan agensi-agensi bukan kerajaan (NGOs) seperti PERKIM, MACMA, KIMMA, ABIM dan lain-lain turut memainkan peranan diperingkat negeri dan kebangsaan. Agensi-agensi ini menganjurkan kelas-kelas pengajian dan aktiviti-aktiviti lain diperingkat agensi masing-masing. Di Selangor, untuk menguruskan mualaf secara efektif, Majlis Agama Islam Selangor telah mengadakan kerjasama bersama lima agensi bukan kerajaan. Walaubagaimanapun, kerjasama seperti ini tidak berlaku di negeri-negeri lain. Artikel ini akan membincangkan situasi di negeri-negeri lain di Malaysia dalam aspek kerjasama antara agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan dalam menguruskan mualaf.ms-USMualafPengurusan MualafAgensi Bukan KerajaanPengurusan Mualaf Di Malaysia: Kerjasama Dinamik Antara Agensi Kerajaan Dan Bukan KerajaanArticle133155161