Ahmad Hilmi, A. B.A. B.Ahmad HilmiIsmail, M. H.M. H.IsmailMohamad, M.M.MohamadZakaria, Z.Z.Zakaria2024-05-302024-05-3020180127-7871http://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/71https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/15327Lambakan filem daripada Barat di Malaysia mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat. Hal ini kerana pembikinan filem-filem tersebut bukanlah sekadar cerita, namun sarat dengan elemen falsafah dan budaya daripada Barat, tidak terkecuali juga elemen agama. Perkara ini secara tidak langsung memberikan pengaruh yang cukup besar terhadap pemikiran dan pegangan umat Islam terutama kepada golongan yang belum memiliki akidah yang mantap terutama kanak-kanak. Kajian ini bertujuan mengkaji konsep pengakhiran dunia menurut kefahaman Barat dalam filem bertajuk "Terminator Salvation". Kajian yang menggunakan pendekatan kajian perpustakaan ini menyoroti dan menyelami kandungan yang terdapat dalam filem ini dan menghubungkaitkan dengan konsep pengakhiran dunia menurut kefahaman agama yang dianuti di Barat. Hasil kajian mendapati babak-babak dalam filem ini mempunyai kaitan yang signifikan dengan pengakhiran dunia menurut ajaran yang pelbagai, saling bercampur aduk seperti Kristian, Yahudi dan lain-lain; tanda-tanda kedatangan kiamat, konsep salvation, kedatangan Mesiah, dan tarikh perkiraan berlakunya kiamat. Kajian ini berperanan penting dalam membongkar agenda tersembunyi khususnya dalam usaha menyebarkan ideologi-ideologi Barat ke dunia Islam.PengaruhAkidahTandaMesiahDan IdeologiPengakhiran Dunia Menurut Kefahaman Barat: Kajian Berdasarkan Filem Terminator SalvationArticle455133