Siti Nor Azhani Mohd ToharNur Izzati Nadia Mohd DzolkifliSiti Nor Baya Mat YacobKhadijah Muda2025-10-092025-10-092025Siti Nor Azhani Mohd Tohar, Nur Izzati Nadia Mohd Dzolkifli, Siti Nor Baya Mat Yacob & Khadijah Muda. (2025). Jalinan Sosial Rentas Etnik di Sekolah Menengah Kebangsaan : Dari Perspektif Guru. Seminar Antarabangsa Islam Dan Sains 2025 (SAIS 2025), 493–499. https://drive.google.com/drive/folders/1HmWgcN7Ad-Evwy1WrtuPs-bOZdGzQyKg?usp=drive_link3083-8711https://drive.google.com/drive/folders/1HmWgcN7Ad-Evwy1WrtuPs-bOZdGzQyKg?usp=drive_linkhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/27759Seminar Antarabangsa Islam dan Sains 2025 (SAIS 2025) / “Merentas Generasi: Naqli dan Aqli Pemangkin Transformasi Ummah”. Editor: Latifah Abdul Latiff, Junaidah Abu Seman, Rezki Perdani Sawai, Setiyawan Gunardi,Azman Ab Rahman 9 September 2024 Anjuran: Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Sains Islam Malaysia (PKAUSIM),Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU), Institut Fatwa dan Halal (iFFAH), USIMKajian ini meneliti jalinan sosial rentas etnik dalam kalangan pelajar multietnik di sekolah menengah kebangsaan di Malaysia melalui perspektif guru. Pendekatan kualitatif diaplikasikan melalui kaedah temu bual separa berstruktur secara mendalam ke atas enam orang guru sekolah menengah kebangsaan yang mempunyai pelajar pelbagai latar etnik. Dapatan kajian menunjukkan terdapat dua sub tema utama, iaitu (i) jalinan sosial akrab antara etnik yang dicirikan oleh kepercayaan bersama, sokongan emosi dan kerjasama dalam konteks akademik dan bukan akademik, dan (ii) jalinan sosial yang renggang yang dicirikan oleh komunikasi minimum dan kecenderungan memilih rakan sebangsa dalam pelbagai situasi. Corak jalinan sosial yang terbentuk ini dipengaruhi oleh faktor seperti keserasian budaya, kemampuan berbahasa, persekitaran sekolah dan pengaruh rakan sebaya. Kajian ini menekankan kepentingan mewujudkan persekitaran sekolah yang inklusif serta dasar yang responsif terhadap kepelbagaian budaya bagi meningkatkan jalinan sosial rentas etnik dalam memperkukuh perpaduan nasional.msPelajar multietnikinteraksi sosialsekolah menengahperpaduan kaumJalinan Sosial Rentas Etnik di Sekolah Menengah Kebangsaan : Dari Perspektif Gurutext::conference output::conference proceedings::conference paper493499