Nabilah Fasihah Ahmad YusoffUmmu-Hani AbasMohammad Najib JaffarAhmad Asyraf Mat Ali2025-05-202025-05-202024Nabilah Fasihah Ahmad Yusoff , Ummu-hani Abas , Mohammad Najib Jaffar & Ahmad Asyraf Mat Ali. (2024). Pembelajaran Kosa Kata Arab Berbantukan Teknologi Realiti Terimbuh Khusus Komuniti Dewasa OKU Pendengaran Menggunakan Kaedah Nisbah Kesahan Kandungan (CVR) dan Nilai Aiken. Seminar Antarabangsa Islam Dan Sains 2024 (SAIS 2024), 544–561. https://pkausim.usim.edu.my/sais-2024/3083-8711https://pkausim.usim.edu.my/sais-2024/https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/26798Seminar Antarabangsa Islam dan Sains 2024 (SAIS 2024) Editor: Siti Rubaini Mat (K), Azman Ab Rahman, Rezki Perdani Sawai, Muhammad Nuruddin Sudin, Umi Hamidaton Soffian Lee ,Nur Ilyana Ismarau Tajuddin 26 September 2024 Anjuran: Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Sains Islam Malaysia (PKAUSIM),Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), Institut Sains Islam (ISI) dan Institut Fatwa dan Halal (iFFAH), USIMKajian ini bertujuan untuk menilai kesahan kandungan instrumen soal selidik yang dibangunkan bagi mengukur keberkesanan model baharu tadabbur al-Quran melalui pembelajaran kosa kata Arab dengan bantuan teknologi realiti terimbuh untuk komuniti dewasa OKU pendengaran. Instrumen ini direka untuk menilai aspek isi kandungan, elemen, dan kaedah pembelajaran menggunakan skala Likert 7 mata. Untuk tujuan penilaian nisbah kesahan kandungan (CVR), skala ini diadaptasi kepada skala penilaian empat mata. Proses penilaian melibatkan pakar-pakar dalam bidang Pendidikan al-Quran, Pendidikan Khas OKU pendengaran, dan Teknologi Pendidikan. Metodologi kajian melibatkan analisis kandungan dan pengiraan Nisbah Kesahan Kandungan (CVR), serta analisis Aiken's V sebagai kaedah sokongan, untuk memastikan kerelevanan dan kesesuaian item-item dengan objektif kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa instrumen soal selidik yang dibangunkan mempunyai kesahan kandungan yang tinggi, dengan majoriti item mencapai nilai CVR 1.00 (Lawshe, 1975). Analisis terperinci mendedahkan bahawa konstruk Tema Kosa kata dan Aktiviti Kandungan mencapai 100% persetujuan pakar, manakala konstruk Paparan Visual mencapai 92.3%, dan Domain Kosa kata 80%. Untuk mengukuhkan dapatan ini, analisis Aiken's V dijalankan, menghasilkan nilai purata 0.90, yang menunjukkan tahap kesahan kandungan yang sangat tinggi (Penfield & Giacobbi, 2004). Kesimpulannya, kedua-dua kaedah analisis membuktikan bahawa instrumen soal selidik ini sah dan sangat sesuai untuk digunakan dalam mereka bentuk model pembelajaran yang dicadangkan. Kajian ini menyumbang kepada pengembangan alat penilaian yang tepat untuk meningkatkan akses dan pemahaman al-Quran dalam kalangan komuniti dewasa OKU pendengaran. Penyelidikan lanjut disarankan untuk menguji kebolehpercayaan instrumen ini dalam konteks aplikasi sebenar.msTadabburBahasa ArabOKU PendengaranRealiti terimbuhNisbah Kesahan Kandungan (CVR)Kesahan Kandungan Soal Selidik Bagi Pembinaan Rekabentuk Model Tadabbur Al-Quran Melalui Pembelajaran Kosa Kata Arab Berbantukan Teknologi Realiti Terimbuh Khusus Komuniti Dewasa OKU Pendengaran Menggunakan Kaedah Nisbah Kesahan Kandungan (CVR) dan Nilai Aikentext::conference output::conference proceedings::conference paper544561