Ahmad Izzuddin Abu Bakar2024-05-302024-05-302022Abu Bakar , A. I. (2022). Analisis Terminologi Perpecahan Dari Perspektif Hadis: Terminology Analysis Of Disunity From The Perspective Of Hadith. Proceeding of International Prophetic Conference, (8th), 326–333. Retrieved from https://swanfpqs.usim.edu.my/index.php/conference/article/view/32eISSN: 2756-8156https://swanfpqs.usim.edu.my/index.php/conference/article/view/32/15https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/173218TH International Prophetic Conference SWAN 2022 5th to 6th October 2022 (Hybrid Conference) Organized by: Faculty Of Quranic And Sunnah StudiesPerpecahan merupakan isu evergreen yang berkumandang di kalangan masyarakat Islam khususnya apabila berlaku peristiwa tertentu seperti Pilihanraya Umum (PRU) dan pertembungan Israel-Palestin. Perkara ini dapat dilihat dan dirasai di dalam media sosial dan perbualan orang ramai. Walaubagaimanapun, wujud kekaburan mengenai maksud sebenar perpecahan yang dilarang oleh agama. Sekiranya ada yang mendakwa orang itu memecah belahkan umat, dia akan menafikan perbuatannya dengan pelbagai alasan. Oleh sebab itu, kajian ini akan menganalisis perkara-perkara yang dikategorikan sebagai perpecahan menurut Hadis Nabawi. Metode yang digunakan adalah kaedah kualitatif dari jenis analisis kandungan. Hadis-hadis yang mengandungi perkataan perpecahan akan dianalisis berpandukan kitab syarah yang muktabar. Dapatan merumuskan empat perkara yang dianggap sebagai perbuatan memecahbelahkan masyarakat dan negara. Pertama: perbezaan di dalam akidah atau usul agama; kedua: tidak berpandukan kepada petunjuk dan dalil daripada al-Quran dan Hadis di dalam iktikad dan amalan; ketiga: perbezaan pandangan yang membawa kepada perbalahan dan permusuhan dan keempat: melawan pemerintah secara bersenjata atau memberontak atau dinamakan di dalam ilmu fekah sebagai khuruj.otherperpecahan menurut hadis, perpecahan, hadis, definisi perpecahanAnalisis Terminologi Perpecahan Dari Perspektif HadisTerminology Analysis Of Disunity From The Perspective Of HadithArticle326333