Mashitah SulaimanMohd Azmir Mohd NizahMohd Nazir AhmadMarina Munira Abdul MutalibRoslizawati Mohd RamlyKhatijah OthmanSuhailiza Md. Hamdani2024-05-282024-05-2820182289-8042https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/6154Pengetahuan dalam aspek keagamaan atau kerohanian (spiritual) merupakan elemen asas yang menentukan kefahaman dan komitmen seseorang terhadap agama. Hubungan antara agama dan kesejahteraan hidup juga telah dibuktikan memberi implikasi yang positif dalam kehidupan manusia berdasarkan beberapa kajian yang lepas. Kertas kerja ini bertujuan menganalisis pengetahuan asas agama Islam dalam kalangan belia Melayu bandar di Lembah Kelang sebagai pusat perkembangan Kebangkitan Semula Islam. Perbincangan turut menganalisis kefahaman agama yang membentuk pemikiran golongan generasi muda ini terhadap agama dan kehidupan kerohanian. Seramai 470 responden belia terlibat dalam kaji selidik ini yang diedarkan secara rawak mudah di sekitar Lembah Kelang meliputi Kuala Lumpur dan enam daerah di Selangor. Belia Melayu dikategorikan mengikut tiga kohot utama, iaitu 15-20 tahun, 21-25 tahun dan 26-40 tahun. Dapatan menunjukkan tahap pengetahuan dan kefahaman golongan belia di kawasan bandar yang berada pada tahap tinggi pada sesetengah dimensi yang melambangkan manifestasi aspek pemikiran agama (religious thought) dan kepercayaan (religious belief) dalam keagamaan Islam (Islamic religiosity) mereka. Kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang positif antara tahap pendidikan dan pemikiran keagamaan Islam. Hal yang demikian menunjukkan bahawa tahap pendidikan dan pendedahan kepada aktiviti agama memberi kesan terhadap pemikiran keagamaan.en-USPengetahuan agama, kefahaman, pemikiran, keagamaan Islam, belia MelayuPengetahuan Dan Kefahaman Agama Dalam Kalangan Belia Melayu Di Lembah KelangReligious Knowledge and Understanding among Malay Youth in Klang ValleyArticle371390Special Issue