Y.K., AngAngY.K.M.F., LeeLeeM.F.2024-05-302024-05-302021eISBN: 9789674408855https://drive.google.com/file/d/1EP06vRgMNMfHQIA4CB2hAZrr4AIhvfnn/viewhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18159Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia (MEDC 2020): “Ke Arah Menginsankan Pendidikan di Malaysia / Penyunting Hishomudin Ahmad, Noor Saazai Mat Saad, Rahimah Saimin, Kirembwe Rashid Abdul Hamed, Noorhayati Hashim, Sarifah Nurhanum Syed Sahuri, Zarina Ashikin Zakaria, Nur Shahadah Mohd Surbani 11-12 November 2020 (Seminar Dalam Talian) Anjuran : Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM & Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam MalaysiaPengenalan- Sains merupakan satu mata pelajaran yang mengkaji secara sistematik berkenaan alam semula jadi dan juga bagaimana alam semula jadi ini memberi kesan kepada kita dan persekitaran. Objektif – Oleh itu, kajian kes ini dijalankan untuk mengkaji faktor dominan yang mempengaruhi penguasaan Sains dalam kalangan murid sekolah rendah. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji perbezaan yang wujud dalam faktor-faktor yang mempengaruhi penguasaan Sains murid dari segi jantina dan tahap pencapaian. Faktor yang dikaji merangkumi pandangan murid terhadap Sains, sikap murid, keyakinan diri murid, teknik belajar, gaya pengajaran, sikap guru, pengetahuan komputer guru, dan personaliti guru. Methodologi – Reka bentuk kajian secara tinjauan rentas keratan (Cross-sectional Survey) telah digunakan dalam kajian ini. Responden kajian ini terdiri daripada 150 orang murid darjah empat, darjah lima dan darjah enam di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di daerah Pontian. Statistik deskriptif, Ujian-T dan Ujian ANOVA telah digunakan untuk menganalisis data kajian. Dapatan – Faktor-faktor dominan mengikut urutan menurun yang mempengaruhi tahap penguasaan Sains dalam kalangan murid sekolah rendah ialah kategori sikap guru, personaliti, sikap murid, gaya pengajaran, keyakinan diri, pengetahuan komputer, pandangan terhadap Sains, dan teknik belajar. Oleh itu, kategori sikap guru (m=3.90, SD=0.61) merupakan faktor yang paling penting dalam meningkatkan prestasi murid dalam mata pelajaran Sains sekolah rendah. Ujian-T menunjukkan nilai p bagi setiap kategori kurang daripada 0.05. Maka tiada perbezaan nilai signifikan setiap kategori faktor yang mempengaruhi tahap penguasaan Sains dari segi jantina. Kaedah ANOVA satu hala menunjukkan terdapat perbezaan nilai signifikan bagi kategori pandangan terhadap Sains, sikap murid, keyakinan diri, teknik belajar, gaya pengajaran, sikap guru, dan personaliti dari segi tahap pencapaian. Kepentingan – Melalui hasil kajian ini, guru dapat merancang aktiviti pembelajaran supaya murid mempunyai minat dan motivasi untuk belajar dan mendapat manfaat yang optima daripada proses pembelajaran.othermata pelajaran Sains, sekolah rendah kebangsaan, faktor murid, faktor guruFaktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penguasaan Sains Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah KebangsaanArticle151159