Ainul Mardhiah ZainalAhmad Bazli Ahmad Hilmi2024-05-302024-05-302021-02-18https://geniusinsan.usim.edu.my/https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/16370E-Proceeding: Insan Junior Researcher International Conference (iJURECON) 2020 Date: 17-18 November 2020 Organized by: Kolej Genius Insan Virtual Conference Page : 263-267Konsep perlindungan dalam Islam telah diterjemahkan dalam pelbagai aspek seperti perlindungan harta, anak dan hak-hak masyarakat. Walau bagaimanapun, aspek perlindungan menurut Al-Quran belum dirungkaikan secara tematik. Tujuan kajian adalah untuk mengenal pasti dan menganalisis terjemahan makna perkataan “lindung” dalam kitab terjemahan al-Quran yang rasmi di Malaysia iaitu Tafsir Pimpinan Ar-Rahman. Kajian yang menggunakan metodologi penyelidikan perpustakaan ini dijalankan dengan mengenalpasti ayat yang mengandungi terjemahan makna “lindung”dan analisis kemudiannya dilakukan terhadap penterjemahan tersebut dalam aspek kalimah. Hasil kajian mendapati 97 terjemahan makna “lindung” yang boleh dikategorikan kepada isim marfu’, isim mansub, isim majrur, fi’l madi, fi’l mudari’ dan fi’l ‘amr dan 13 terjemahan perkataan lindung bahasa Melayu yang tidak menepati bentuk kata bahasa Arab apabila diterjemahkan.otherterjemahan, Bahasa Arab, Bahasa MelayuTerjemahan Makna Lindung dalam Tafsir Pimpinan Ar-Rahman: Analisis KalimahOther263267