Amin Al Haadi ShafieAbdul Rashid Abdul AzizDini Farhana BaharudinKhatijah OthmanAhmad Najaa MokhtarSuzaily WahabDurrah Athirah WalidNurhafizah YassinMohd Azwan Fakhruddin Abd Halim2024-06-162024-06-1620232024-1-10Amin Al Haadi Shafie, Abdul Rashid Abdul Aziz,Dini Farhana Baharudin, Khatijah Othman, Ahmad Najaa Mokhtar , Suzaily Wahab, Durrah Athirah Walid, Nurhafizah Yassin , Mohd Azwan Fakhruddin Abd Halim Keberkesanan Modul Pencegahan Penyalahgunaan Dadah Dan Bahan Berasaskan Kerohanian, Ketegasan Kendiri, Dan Pengetahuan (MPDKKP) Terhadap Penyalahgunaan Dadah Dan Bahan. (2023). Asian Journal of Research in Education and Social Sciences, 5(4), 97–110. https://doi.org/10.55057/ajress.2023.5.4.10268-8502744-3810.55057/ajress.2023.5.4.10https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/20153https://myjms.mohe.gov.my/index.php/ajress/article/view/24980/13801Asian Journal of Research in Education and Social Sciences, Volume 5 Issue 4 Page (97–110)Kajian keberkesanan modul pencegahan penyalahgunaan dadah dan bahan yang berasaskan kerohanian telah dilaksanakan oleh penyelidik kepada belia yang tinggal di sebuah daerah berisiko tinggi di utara semenanjung Malaysia. Objektif utama kajian ini ialah melihat kesan modul kerohanian pencegahan penyalahgunaan dadah terhadap (1) kerohanian, (2) ketegasan kendiri dan (3) pengetahuan mereka terhadap penyalahgunaanbahan dan dadah. Sampel kajian dibahagikan kepada kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan bagi peringkat pra dan pasca. Kajian ini menggunakan rekabentuk Eksperimen Tulen yang melibatkan dua buah kumpulan belia dari Kawasan zon yang berbeza dan setiap kumpulan terdiri daripada 33 orang (kumpulan eksperiman dan kawalan). Intervensi berbentuk psikopendidikan sebanyak 7 sesi pertemuan diberikan kepada kumpulan eksperimen manakala kumpulan kawalan tidak diberi sebarang intervensi. Hasil daripada perbandingan ujian pra dan pasca menunjukkan bahawa terdapat peningkatan nilai min yang signifikan bagi kerohanian (nilai min dari ujian pra = 172.24 dan ujian pasca = 188.12), ketegasan kendiri (nilai min dari ujian pra = 99.48 dan ujian pasca = 106.42) dan pengetahuan tentang penyalahgunaan dadah (nilai min dari ujian pra = 57.59 dan ujian pasca = 65.61) untuk kumpulan eksperimen yang melalui intervensi yang diberikan oleh fasilitator terlatih menggunakan modul kerohanian ini. Hasil keputusan min kumpulan kawalan pulamenunjukkan tiada peningkatan min bagi ketiga-tiga pembolehubah yang dikaji. Daripada hasil keputusan kajian ini boleh dirumuskan bahawa modul MPDKKP dalam pencegahan penyalahgunaan dadah ini dapat membantu para belia dari terjebak dengan penyalahgunaan bahan dan dadah serta menikmati hidup yang lebih positif.msKerohanianModul PencegahanPenyalahgunaan DadahKetegasan KendiriModulKeberkesanan Modul Pencegahan Penyalahgunaan Dadah Dan Bahan Berasaskan Kerohanian, Ketegasan Kendiri, Dan Pengetahuan (MPDKKP) Terhadap Penyalahgunaan Dadah Dan BahanThe Effectiveness Of Drug And Substance Abuse Prevention Module Based On Spirituality, Self-Assertiveness, And Knowledge (MPDKKP) Against Drug And Substance Abusetext::journal::journal article9711054