Ibrahim Majdi Mohamad Kamil2025-12-162025-12-162025-11-30Ibrahim Majdi Mohamad Kamil (2025). Malaysia Madani Dan Toleransi Agama Dalam Era Pasca Normal: Analisis Konseptual Dan Strategi Pentadbiran: Malaysia Madani and Religious Tolerance in the Post-Normal Era: A Conceptual Analysis and Administrative Strategy. Sains Insani, 10(2), 60–68. https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol10no2.8140127-787110.33102/sainsinsani.vol10no2.814https://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/814/395https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/28219Sains Insani, Volume 10 Issue 2 Page (60–68)<jats:p>Abstrak: Makalah ini membincangkan konsep Malaysia Madani sebagai kerangka pentadbiran baharu yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-10, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, dalam usaha menangani cabaran era pasca normal. Fokus utama kajian ini ialah bagaimana Malaysia Madani memperkukuh nilai toleransi agama dalam masyarakat majmuk Malaysia, berbanding pendekatan terdahulu seperti Islam Hadhari. Kajian ini menggunakan pendekatan analisis dokumen dan wacana dasar, serta menggabungkan teori masyarakat Madani, pascamodenisme, dan pluralisme agama. Perbandingan antara Malaysia Madani dan Islam Hadhari menunjukkan peralihan daripada pendekatan pembangunan berasaskan umat kepada pendekatan yang lebih inklusif dan responsif terhadap kepelbagaian agama dan budaya. Kajian ini turut meneliti cabaran era pasca normal seperti penyebaran maklumat palsu, polarisasi sosial, dan penghakisan autoriti, serta tindakan kerajaan dalam menangani isu-isu ini melalui dasar dan kempen strategik. Implikasi terhadap toleransi agama dianalisis melalui peranan institusi, pendidikan nilai, dan penglibatan masyarakat sivil. Makalah ini mencadangkan agar pendidikan nilai Madani diperluas, dialog antara agama diperkasa, dan komunikasi kerajaan diselaraskan secara inklusif. Kesimpulannya, Malaysia Madani menawarkan pendekatan yang lebih holistik dan kontekstual dalam memperkukuh toleransi agama dan perpaduan nasional dalam era yang serba mencabar.</jats:p>msMalaysia Madanitoleransi agamaIslam Hadharipasca normalpluralisme agamareligious tolerancepost-normal erareligious pluralismMalaysia Madani Dan Toleransi Agama Dalam Era Pasca Normal: Analisis Konseptual Dan Strategi PentadbiranMalaysia Madani and Religious Tolerance in the Post-Normal Era: A Conceptual Analysis and Administrative Strategyjournal-article6068102