Norman Zakiyy,Norman ZakiyyNur Suhaida Che Musa,Nur Suhaida Che MusaZahari Mahad Musa,Zahari Mahad MusaZulfakar Mamat,Zulfakar MamatNoor Fajri Ismail2024-05-312024-05-312021-09-09https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18537Papers In MALAY Language Date: 9 September 2021 Platform: MSTeams, USIM Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia.Secara umumnya, individu yang tidak celik undang-undang harus mendapatkan nasihat guaman berhubung dengan isu undang-undang yang dihadapinya agar kepentingannya terjaga. Perkhidmatan tersebut dikenakan fi guaman. Walau bagaimanapun, individu yang kehilangan punca pendapatan atau pekerjaan terutamanya di era wabak COVID-19 ini mungkin menghadapi masalah kewangan untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut. Penulisan ini membincangkan perkara berikut: (a) pandangan Islam mengenai amalan memberi bantuan; (c) bentuk bantuan guaman yang amat diperlukan oleh golongan ini; (d) organisasi-organisasi utama yang dapat menyalurkan bantuan guaman kepada golongan yang memerlukan dalam situasi wabak COVID-19; dan (e) cabaran yang dihadapi oleh pemberi bantuan guaman. Adalah didapati masalah kehilangan punca pendapatan kesan daripada wabak COVID-19 mencetuskan pelbagai masalah perundangan dan sosial bersangkutan dengan kehidupan individu, keluarga dan masyarakat. Kepincangan dalam kehidupan masyarakat akibat daripada kehilangan punca pendapatan atau pekerjaan ini dapat diringankan dengan pemberian bantuan guaman secara percuma atau pun dengan fi minimal oleh organisasi kerajaan dan organisasi bukan kerajaan serta bantuan daripada peguam sukarela. Adalah dicadangkan agar kerajaan terus memberi galakan kepada usaha pemberian khidmat guaman secara percuma kepada ahli masyarakat yang memerlukan. Kata kunci: Bantuan guaman, kehilangan pekerjaan, COVID-19otherBantuan guaman,kehilangan pekerjaan,COVID-19Khidmat Bantuan Guaman Bagi Individu Yang Kehilangan Pekerjaan Akibat Daripada Wabak Covid-19