Mohd Huefiros Efizi HusainNoor Naemah Abdul RahmanNor Fahimah Mohd Razif2024-05-302024-05-302020-11Husain, M. H. E., Abd Rahman, N. N., & Mohd Razif, N. F. (2020). Kelebihan Al-’Aqd di Kalangan Usahawan Francais Berlainan Agama: An Advantages of Al-’Aqd Among Franchisee of Different Religion. Sains Insani, 5(2), 82-90. https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol5no2.1470127-787110.33102/sainsinsani.vol5no2.147https://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/147https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/15096Vol. 5 No. 2 (2020): Jurnal Sains InsaniPembentukan al-'aqd dalam perniagaan ditunjangi kehendak syara' bagi memastikan kebajikan setiap pihak berakad dijamin dan sesuatu matlamat yang disasarkan dapat dicapai dengan sempurna. Al-'aqd yang mewakili kepada pelaksanaan kontrak, menuntut kepada pematuhan di atas persepakatan sepanjang tempoh ia berlangsung. Keperluan al-'aqd ditonjolkan melalui ciri-ciri dan syarat tertentu mengikut disiplin muamalat Islam merangkumi pelbagai sudut bermula daripada sighah, pelaksana akad, perkara diakadkan dan kesan terhadap hukum. Kelebihan mematuhi prinsip ini bukan hanya dibuka kepada usahawan di kalangan muslim sahaja, bahkan secara menyeluruh merentasi agama, adat dan budaya. Manakala perniagaan francais pula, merupakan perniagaan yang dijalankan bersandarkan kepada kontrak sepenuhnya terutama kepada hubungan di antara pemberi dan penerima francais. Pelbagai isu melibatkan kontrak francais berlaku di kalangan pengusaha perniagaan tersebut di Malaysia merangkumi bermacam jenis produk dipasarkan. Melihatkan kepada isu yang berbangkit, maka kajian ini menemukan kelebihan prinsip al-'aqd kepada usahawan francais yang terdiri daripada agama berbeza. Oleh itu, pengkaji menggunakan kaedah kualitatif untuk mencapai objektif kajian dengan melibatkan kaedah kepustakaan dari pelbagai rujukan dan sesi temu bual bersama mereka yang berkenaan dengan perniagaan francais. Hasil kajian mendapati al-'aqd menawarkan kelebihan yang mampu memberi kemanfaatan kepada pihak berkontrak dalam francais sama ada di kalangan muslim atau sebagainya mencakupi pemilihan pihak berkontrak, penjelasan bentuk penawaran dan penerimaan serta kesan yang akan diterima untuk jangka masa panjang. Kajian ini mencadangkan agar al-'aqd dapat diperkenalkan dengan berkesan dan kesedaran ke atas pelaksanaan prinsip ini dipertingkatkan kepada lebih ramai pengusaha francais bagi memastikan pihak berkontrak mengenalpasti hak dan batasan dalam sesebuah kontrak dengan sewajarnya berpandukan kepada ajaran Islam sebenar.otheral-'Aqd, Francais, berlainan agama, MalaysiaKelebihan Al-'Aqd di Kalangan Usahawan Francais Berlainan AgamaAn Advantages of Al-'Aqd Among Franchisee of Different ReligionArticle829052