Noor Aklima Mohamad SaidiNurul Syazreen Mohd NasirAin Syahirah Ismail DzlanSyed Najihuddin Syed Hassan2024-05-302024-05-302023-01-28Yabi, S., Saidin, M., & Daud , Z. (Eds.). (2023). In E- Prosiding Kertas Kerja: Konvensyen Kearifan Nusantara Ke-4 (ARIF 2023). Penerbit USIM. https://fpqs.usim.edu.my/ms/e-proceeding/e-ISBN: 9786297534374https://fpqs.usim.edu.my/ms/e-proceeding/https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17566E-Prosiding Kertas Kerja: Konvensyen Kearifan Nusantara Ke-4 (Arif 2023): “Memartabatkan Kearifan Islam & Nusantara” Disunting oleh: Dr Shumsudin Yabi, Dr Maisarah Saidin, Dr Zainora Daud Anjuran : Fakulti Pengajian Quran & Sunnah & Madrasah Ahmadiah Islamiah, Narathiwat, Thailand 28 Januari 2023Badiuzzaman Said Nursi merupakan seorang tokoh ulama’ yang memperjuangkan Islam ketika ideologi barat menyesatkan pemikiran masyarakat Islam di Turki. Beliau adalah seorang tokoh ilmuan yang amat dikenali bukan sahaja pakar dalam bidang ilmu agama malah juga mahir dalam pelbagai bidang ilmu yang lain. Selain daripada tokoh pemikiran, pencetus gerakan dan pendebat terhebat, Risalah An-Nur juga merupakan sumbangan terbesar beliau dalam penulisan yang di dalamnya merangkumi pelbagai aspek keilmuan. Objektif kajian ini adalah untuk menelusuri serta mengkaji keperibadian dan ketokohan Badiuzzaman Said Nursi. Seterusnya, tujuan kajian ini dijalankan bagi mengetahui perjuangan dan pengorbanan beliau dalam menegakkan syiar Islam di bumi Turki. Bagi mencapai tujuan kajian tersebut, pengkaji menggunakan kaedah analisis kualitatif iaitu pengumpulan data daripada pelbagai sumber sama ada primer atau sekunder. Hasil dapatan kajian ini ialah Badiuzzaman Said Nursi merupakan pencetus gerakan Islam di Turki setelah kejatuhan Khilafah Uthmaniah selepas Perang Dunia Pertama. Beliau juga merupakan seorang ilmuan yang disanjung tinggi serta tokoh pemikiran yang disegani. Kesimpulannya, ketokohan beliau boleh dijadikan panduan dan tauladan kepada masyarakat seantaro dunia dalam meneruskan legasi penyebaran dakwah Islam. Akhirnya, kajian ini diharapkan dapat memberi inspirasi dan semangat perjuangan terutama kepada anak-anak muda dalam memartabatkan Syiar Islam di dunia ini.otherTokoh Islam, Badiuzzaman Said Nursi, Risalah An-Nur, Ideologi Barat, Khilafah Uthmaniah.Ketokohan dan Keperibadian Badiuzzaman Said Nursi dalam Memperjuangkan IslamArticle4324442