Saifulbahri Hj Abdul RahmanAbdul Halim BusariMohammad Nur Azhar MazlanAdawati Suhaili2024-05-302024-05-302024Saifulbahri Hj Abdul Rahman, Abdul Halim Busari, Mohammad Nur Azhar Mazlan, & Adawati Suhaili. (2024). Kerangka Konseptual Kepimpinan Pendidikan STEM: Tinjauan Literatur. E-Proceeding Postgraduate Research Conference , 166–168. https://fkp.usim.edu.my/wp-content/uploads/2024/02/LATEST-PROCEEDING-PRC-2023_compressed.pdf978-629-7636-27-6https://fkp.usim.edu.my/wp-content/uploads/2024/02/LATEST-PROCEEDING-PRC-2023_compressed.pdfhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/16357E-Proceeding Postgraduate Research Conference (PRC2023) : “Sustainable Education & Human Well-Being”/ editors: Roslee Ahmad , Khadijah Muda, Md Yousuf Ali, Ihab Ahmed Ra’uf Awais, Abdul Rashid Abdul Aziz, Ainul Mardhiah Mokhtar, Nurun Najihah Musa, Puteri Nazirah Amran, Fatin Muti’ah Mohamed Ishak Organized by: Faculty of Leadership and ManagementPendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) telah menjadi dasar yang penting secara global dan tidak terkecuali Malaysia khususnya. Usaha ini adalah untuk menyediakan sumber tenaga mahir dalam pekerjaan masa hadapan bagi memacu ekonomi menuju ke era Revolusi Perindustrian 5.0 (IR 5.0). Fenomena ini menyebabkan pemimpin dalam pendidikan STEM berhadapan cabaran bagi mewujudkan amalan integratif dan pengalaman pendidikan transformatif yang dapat menyumbang kejayaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan agenda ini. Oleh itu, pemimpin dalam pendidikan STEM memerlukan panduan bagi menerajui pendidikan STEM dalam organisasi serta bersedia menyelesaikan segala cabaran yang dihadapi. Objektif tinjauan literatur ini adalah untuk mengenal pasti tema-tema kepimpinan pendidikan STEM yang diperlukan dan bersesuaian dengan ciri-ciri unik pendidikan STEM memandangkan ianya berbeza dengan stail kepimpinan yang sedia ada. Tema-tema yang dikenal pasti melalui tinjauan literatur daripada artikel yang dimuat turun dari pangkalan data SCOPUS dan WOS telah dianalisis untuk membentuk kerangka konseptual kepimpinan pendidikan STEM. Hasil daripada tinjauan literatur telah mengenal pasti lapan tema (8) dalam kepimpinan pendidikan STEM iaitu: (i) amalan kepimpinan holistik, (ii) pembangunan profesional, kepimpinan guru dan sokongan, (iii) kesan pentadbiran kepada guru, (iv) teori kepimpinan STEM berkesan (v) kepimpinan pendidikan berkaitan budaya, (vi) penglibatan dan kerjasama komuniti, (vii) integrasi teknologi, dan (viii) pertimbangan etika dan sosial. Kesimpulannya, kerangka konseptual kepimpinan pendidikan STEM yang dicadangkan boleh dijadikan panduan kepada pemimpin STEM dan pihak berkepentingan untuk merangka program serta kajian yang berkaitan dengan kepimpinan pendidikan STEM.otherPendidikan STEM; kepimpinan; kerangka konseptualKerangka Konseptual Kepimpinan Pendidikan STEM: Tinjauan LiteraturA Conceptual Framework of STEM Education Leadership: A Literature ReviewArticle166168