Nabilah Nik SulaimanRos Aiza Binti Mohd Mokhtar2024-05-312024-05-312022e-ISBN : 9789670001746https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18330E-Prosiding Seminar Antarabangsa Falsafah, Tamadun, Etika Dan Turath Islami (i-STET) 2022 “Melestari Turath, Memartabat Falsafah, Memacu Peradaban”/ editor : Anita Ismail, Farah Laili Muda @ Ismail, Mashitah Sulaiman 19 Oktober 2022 (Secara Dalam Talian) Anjuran : Pusat Pengajian Teras Malaysia (USIM) Dengan Kerjasama :Institut Sains Islam (ISI), USIM, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Brunei dan Universiti Islam Negeri (UIN), Sunan Kalijaga, Yokyakarta IndonesiaKonsep teodisi merupakan perbincangan falsafah dalam teologi untuk menjawab persoalan mengapa Tuhan menciptakan hal-hal buruk dan masalah-masalah di dunia sekaligus sebagai bukti kewujudanNya. Manakala, Said Nursi yang merupakan sarjana Muslim kontemporari, mempunyai perspektif yang menarik dalam membincangkan masalah dan konsep teodisi ini. Justeru itu, kajian ini bertujuan menjelaskan sejarah kemunculan teodisi semasa fasa St. Augustine dan Irenaeus. Seterusnya menjelaskan bagaimana teodisi mampu menumbuhkan keyakinan seseorang kepada Tuhan menurut sudut pandang orang Barat. Selanjutnya, kertas kerja ini akan membincangkan konsep teodisi dari perspektif Islam yang dikupas oleh Imam Badiuzzaman Said Nursi dalam kitabnya, Risalah An-Nur serta pandangan beberapa cendekiawan Islam yang lain. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan kaedah kepustakaan bagi pengumpulan data. Seterusnya, pengkaji menganalisis kandungan kitab Risalah An-Nur dalam merungkai konsep teodisi oleh Said Nursi. Kajian mendapati Said Nursi dan cendekiawan Islam yang lain memandang kesakitan sebagai bukti kasih dan wujud-Nya Allah Taala. Tuntasnya, dalam memahami af’al Allah, pasti ada kebaikan dan hikmah di sebalik kesakitan dan penderitaan setiap hamba-Nya yang meyakini Allah sebagai sebaik-baik pelindungotherTeodisi, Said Nursi, Risalah An-Nur, KesakitanKonsep Teodisi Dari Perspektif Said Nursi Dalam Risalah An-Nur Mengenai Permasalahan Penyakit Atau KesakitanArticle266271